Honda pernah terpaksa menghentikan pengeluaran kereta mereka di Jepun selepas menjadi mangsa perisian tebusan oleh penggodam.
Penghujung bulan lalu Toyota juga mengalami isu yang sama menimbulkan spekulasi mungkin mereka juga menjadi mangsa penggodam.
Toyota mengesahkan pengeluaran kenderaan di 14 kilang mereka di Jepun terhenti disebabkan oleh masalah komputer pada 28 Ogos lalu.
Pelayar yang mengawal pengurusan komponen terhenti selepas kehabisan storan untuk menyimpan data.
Isu ini segera diselesaikan keesokan harinya dengan memindahkan data ke pelayar dengan storan lebih besar. Sungguhpun begitu ia menyebabkan pengeluaran kenderaan untuk 1/3 kilang milik mereka terganggu.
Sistem komputer di kilang Toyota memastikan jumlah komponen yang cukup sahaja disimpan di kilang mereka.
Dengan ini tiada isu lebihan komponen ataupun ruang yang besar untuk menyimpannya tidak akan berlaku sekaligus mengurangkan pembaziran.
Jadi sekiranya selepas ini anda menghadapi isu tiba-tiba tidak mempunyai ruang storan yang mencukupi pad telefon pintar atau komputer anda tidak perlu terasa malu kerana Toyota melakukan kesilapan yang sama.
BACA: Pemuda ini dedah kenapa ‘non-muslim’ tak hormat agama Islam, puncanya mengejutkan netizen