Gara-gara siram pokok pada musim kemarau, denda RM6000 menanti anda

Oleh MHDAILY

Gara-gara siram pokok pada musim kemarau, denda RM6000 menanti anda

Ini kerana ramalan cuaca menunjukkan musim panas ekstrem di bahagian berkenaan dengan hanya sedikit hujan.

Larangan sementara itu membabitkan penduduk yang tinggal di selatan Kent dan Sussex, berkuatkuasa pada 26 Jun.

Gara-gara siram pokok pada musim kemarau, denda RM6000 menanti anda

Jutaan penduduk di bahagian selatan Britain dilarang menyiram tanaman menggunakan air terawat susulan permintaan air minuman yang tinggi akibat cuaca panas.

Larangan sementara itu membabitkan penduduk yang tinggal di selatan Kent dan Sussex, berkuatkuasa pada 26 Jun.

Ini kerana ramalan cuaca menunjukkan musim panas ekstrem di bahagian berkenaan dengan hanya sedikit hujan.

Syarikat air, South East Water berkata, permintaan air terawat pada Jun memecahkan rekod tertinggi walaupun syarikat itu menyediakan tambahan 120 juta liter air sehari.

Kekurangan air untuk kemudahan kebersihan pada Jumaat turut memaksa tiga sekolah di East Sussex ditutup sebahagiannya.

“Keadaan ini menjadi jauh lebih serius berbanding tempoh musim panas tahun lalu,” kata Ketua Eksekutif David Hinton.

“Walaupun pelanggan sudah dimaklumkan supaya menggunakan air untuk kegunaan penting sahaja, namun kami tiada pilihan selain memperkenalkan larangan sementara ini.

“Ia bagi melindungi bekalan air di seluruh Kent dan Sussex,” katanya.

Southern Water, yang membekalkan air terawat di kawasan Kent pula mengeluarkan amaran pada Khamis bahawa permintaan untuk air di daerah itu melebihi bekalan.

Pembekal itu berkata, permintaan adalah 15 peratus lebih tinggi daripada jangkaan untuk tahun ini.

Justeru, penggunaan bekalan air terawat adalah tidak dibenarkan untuk perkara tidak penting seperti menyiram pokok di taman, mengisi kolam atau mencuci kereta.

Sesiapa yang didapati melanggar larangan itu boleh dikenakan denda sehingga £1,000 (kira-kira RM5,915).

BACA:

Tengok gambar ni je pun boleh buat kita jadi menangis, “miskin pun boleh bahagia”