Gara-gara rambut botak tengah, lelaki ini nekad lukis tattoo kat kepala tapi lain pula yang jadi bikin netizen berdekah

Oleh MHDAILY

Gara-gara rambut botak tengah, lelaki ini nekad lukis tattoo kat kepala tapi lain pula yang jadi bikin netizen berdekah.

Masalah rambut yang nipis atau gugur sering menjadi mimpi ngeri buat para wanita dan lelaki di luar sana.

Walaupun berwajah lawa dan kacak, namun kalau tak ada rambut, susah nak jadi yakin ketika berdepan orang ramai terutamanya buat kaum Adam sebab tak semua orang sesuai dengan gaya kepala botak.

Gara-gara rambut botak tengah, lelaki ini nekad lukis tattoo kat kepala tapi lain pula yang jadi bikin netizen berdekah

Namun, seorang lelaki di Itali pula berfikiran luar kotak apabila dia mencacah tatu rambut depan pada bahagian dahinya gara-gara kepalanya mula botak.

Menurut Daily Mail UK, pelukis tatu iaitu Maria Gina Altobelli telah merakam proses melukis tatu dengan design rambut depan atau fringe itu pada dahi pelanggannya yang dikenali sebagai Gianluca.

Tatu Rambut Depan 1Sumber: TikTok @gipsygtattooer
Maria mengakui bahawa permintaan pelanggannya itu lain daripada yang lain dan pada mulanya dia sendiri tak pasti jika ia merupakan idea yang baik.

Namun, kerana Gianluca tetap mahukan tatu tersebut, Maria buat juga tatu seperti yang diminta.

Selepas selesai, Gianluca pula melihat wajahnya di cermin untuk melihat ‘rambut’ barunya dan sangat mengejutkan apabila dia dilihat menitiskan air mata.

Tatu RambutSumber: TikTok @gipsygtattooer
Namun, tak dapat dipastikan bahawa air matanya itu akibat terlalu gembira dia kembali mempunyai rambut atau kerana sedih tatunya tidak seperti yang diinginkan.

Video proses mencacah tatu unik itu kemudiannya telah dimuat naik di TikTok dan ia telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna media sosial.

Ada yang bersimpati dengan lelaki itu sebab katanya tatu tu nampak pelik dan tak sesuai.

BACA:

Tak sangka! Rupanya Raja Perlis keturunan Rasululullah ramai tak tahu!

Macam dah menang saman? Anwar Ibrahim berterima kasih kepada Tun M