Gara-gara nak lebarkan sayap perniagaan, Chef Nasi Arab viral dakwa pemuda ini ‘kawan makan kawan’

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Gara-gara nak lebarkan sayap perniagaan, Chef Nasi Arab viral dakwa pemuda ini ‘kawan makan kawan’

Kehebatan kuasa viral membuatkan orang ramai mahu mencuba keeenakan sesebuah makanan.

Dalam pada itu, kekangan jarak yang jauh antara yang menghalang seseorang untuk mendapatkannya.

Gara-gara nak lebarkan sayap perniagaan, Chef Nasi Arab viral dakwa pemuda ini 'kawan makan kawan'

Melihat kepada peluang yang ada, terdapat runner yang memilih untuk menjalankan servis mendapatkan makanan daripada sebuah kedai atau masakan cef yang menjadi pilihan ramai untuk dihantar ke lokasi berdekatan pengguna.

Walau bagaimanapun, siapa sangka bisnes runner yang sekadar menghantar makanan selama lima tahun ini didakwa dianiaya seorang cef nasi arab terkenal. Berikut merupakan perkongsian penuh oleh seorang runner menerusi akaun Facebook King of Roadtrip.

Umum semua tahu yang saya buat servis penghantaran Nasi Arab Chef A**** (dia tak mau kita sebut nama dia dah), selama 5 tahun.

2 tahun yang pertama menggunakan personal akaun Facebook saya iaitu Mohd Akiff dan 3 tahun yang seterusnya saya gunakan page Facebook King of Roadtrip untuk membuat servis membawakan tempahan makanan Chef A**** ke seluruh lokasi di Semenanjung.

Sekarang ini bercakap atas kapasiti seorang yang menyediakan servis, dimana saya bukan lah pemilik produk, saya dan King of Roadtrip bertujuan untuk memudahkan mereka untuk mendapatkan tempahan Nasi Arab Chef A**** ini di samping saya mencari rezeki halal sebagai mata pencarian saya.

3

Lebih 20,000 pelanggan di serata Semenanjung Malaysia yang gunakan perkhidmatan kami untuk mendapatkan tempahan mereka dan tidak pernah sekali pun viral kerana kami menipu dan tidak sampai tempahan.

Semuanya kerana jujur dan amanah. Cuma sekarang ni saya sangat pelik dengan sikap cef ini, adakah patut apabila saya buat Nasi Pakistan No 1 Batu Pahat, boleh dia tembak saya cukup-cukup katanya saya tak kenang budi dia dan dia kata saya memilih untuk bawa produk NPN1BP kerana saya dapat tawaran harga yang lebih murah.

Disini saya pelik dah, saya tak buat produk, bukan pemilik produk, saya adalah orang yang menjalankan servis. Dalam masa yang sama juga, selepas daripada Hari Raya Puasa tahun ini, saya pernah open order sebanyak 4 kali dan tidak mendapat sambutan.

Sebagai pihak yang mencari rezeki dengan menyediakan servis dan meletakkan amanah nombor 1 dalam kamus kami, apabila servis yang saya lakukan selama 5 tahun tidak mendapat sambutan gara-gara apa yang berlaku semasa bulan puasa, saya kena cari jalan dan peluang lain yang saya fikir sesuai dengan niche perniagaan yang saya buat ini.

Jadi kenapa perlu timbul isu pula dan pihak cef ini buat live video kat Page Facebook dia dengan membuat caption ‘Kawan makan kawan’, siap ada part ‘kawan makan kawan part 2’ yang tak tahan tu. Kecewa pun ada dengan cara dia.

Dia siap cakap lagi, oh kalau u ambil produk NP, u tak boleh ambil produk saya. Come on lah cef, saya ni servis, bukan pemilik produk.

Konsep nya sama sahaja dengan Mydin, Mydin merupakan mall, tapi semua jenis produk ada di bawah satu bumbung. Saya tidak ada hitam putih mengatakan yang saya ini berkait dengan cef.
Maknanya samalah servis saya ni, di mana saya boleh dan bebas nak buat produk apa sekali pun asalkan tidak menjejaskan nama produk tersebut.

Segala pengiklanan di page saya, semua nya saya bayar menggunakan duit yang dibawah pihak saya, tidak saya mintak 1 sen pun dari cef. Waima segala kos yang melibatkan Roadtrip itu sendiri, tidak pernah ditanggung oleh cef, semuanya oleh saya.

Kereta saya accident semasa hantar tempahan ke Ipoh, tidak ada 1 sen pun yang saya dapat dari cef. Jadi adilkah ke cef nak buat saya macam ini? Siap tuduh lagi yang saya naik ni sebab nama dia.

Bang, logik akal sikit bang, mestilah kalau saya buka tempahan nama produk awak, orang mesti nak tahu produk nama siapa, kan nama awak tu cef. Takkan saya nak cakap itu adalah produk saya?

Tuduhan semuanya tak berasas dan agak memalukan apabila cef mula buat live di Page Facebook beliau seolah semua live yang menuduh saya semua dia dah delete tapi saya masih ada lagi gambar tajuk dan caption live.

5 tahun saya bawak produk dan nama beliau ke seluruh Semenanjung Malaysia, last-last apabila saya ingin melebarkan sayap dengan membawa produk pihak lain, dia tuduh saya ‘kawan makan kawan’.

Saya dan krew saya risiko kan nya kami untuk memastikan tempahan sampai dengan selamat, tapi akhirnya semua orang akan cakap, oh krew Chef A**** terbaik.

Semua orang fikir King of Roadtrip ini di bawah Chef A**** dan roadtrip adalah inisiatif dia, padahal idea ini saya yang pergi kat dia, cakap nak bawak produk dia ke seluruh Semenanjung Malaysia. Langkawi pun dah sampai.

Iyalah siapalah kami. Saya bukan siapa-siapa. Dan saya nak petik kata-kata cef terhadap diri saya. ‘I can always find another Akiff, but you will never find another A****’, maksudnya dia boleh mencari sesiapa sahaja untuk buat servis menghantar Nasi Arab ini, tapi saya belum tentu boleh jumpa produk seperti dia.

Saya bertindak mendiamkan diri, tapi bila cef ni dah up lagi sekali live dengan menyebut nama saya, saya rasa saya kena bersuara bukan apa, nanti orang ingat bila saya tak bersuara, maka tuduhan dia semua tu betul.

Jadi apakah pandangan sahabat semua bila jadi macam ni? Patut atau tidak saya buat satu video untuk counter segala yang dia cakap pasal saya? Atau diamkan diri sahaja?

Perasaan sekarang ini lebih kepada kecewa, tidak lah marah, cuma kecewa dengan sikap beliau, tahap profesionalisme yang ditunjukkan tak sesuai dengan status sebagai seorang cef yang berpengalaman lebih 30 tahun. Cukuplah cef, cukup. Jangan panjangkan isu.

BACA: Majoriti Dun bawah 1000 undi, Nik Amar akui kedudukan Pas Kelantan tergugat