Gara-gara nafsu, remaja tak peduli orang awam, lepas nafsu atas motor tepi kubur.
Tidak rasa malu, sepasang remaja tergamak melakukan perbuatan tidak senonoh tanpa mengenal tempat dan waktu.
Mereka bukan sahaja melakukannya di tempat terbuka pada siang hari, malah melepaskan nafsu dekat tanah perkuburan.
Tular video pasangan itu melakukan perbuatan tidak senonoh di atas motosikal di kawasan tanah perkuburan.
Difahamkan, kejadian berlaku di Kebayoran Lama di Jakarta Selatan di Indonesia.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kebayoran Lama, Kompol Widya Agustiono memaklumkan mereka tidak menerima sebarang maklumat berhubung perbuatan tidak senonoh tersebut.
“Kita siasat dulu,” kata Widya ketika dihubungi.
Widya turut memberitahu, beliau tidak dapat mengesahkan sama ada pasangan remaja berkenaan benar-benar melakukan perbuatan lucah atau tidak.
Ini kerana, katanya, video tular itu hanya menampakkan kaki mereka, manakala bahagian atas pasangan itu kelihatan ditapis.
“Polis sedang menyiasat sama ada benar video itu didakwa lucah.
“Kerana tidak jelas, mereka sedang memeriksa sama ada lokasi itu betul atau tidak,” katanya.
Sebagai peringatan, perbuatan berzina adalah dilarang dalam Islam, maka semua pihak perlu menjauhinya.
BACA:
Risau anak tak cukup makan, gadis ini kecewa mak tak restu anak kahwin dengan tabligh
Tak sangka! Rupanya Datuk Yusof Haslam ada isteri pertama yang ramai tak tahu