Gara-gara Mark Adam, sate kajang Hj Samuri diserbu

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Penyanyi dan pelakon terkenal, Mark Adam, kini menjadi perbualan hangat di media sosial setelah harga jualan sate yang diusahakannya menjadi tular.

Isu ini timbul apabila harga set ‘Sate Bhalut’ yang terdiri daripada tiga cucuk sate dibalut dengan kulit popia dijual pada harga antara RM19.90 hingga RM24.90, mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen.

Menyedari kecaman yang timbul, Mark Adam tampil memberi penjelasan mengenai harga jualan tersebut,

Dengan menjelaskan kos modal yang terlibat dalam penyediaan sate berkenaan.

Popia sate yang menjadi perhatian ramai ini sebenarnya tidak hanya dijual oleh Mark Adam, kerana beberapa restoran sate terkenal turut menjual variasi sate yang sama.

Gara-gara Mark Adam, sate kajang Hj Samuri diserbu

Salah satunya adalah restoran Sate Kajang Hj Samuri, yang turut menawarkan popia sate sebagai menu pilihan.

Sebuah video yang tular di TikTok menunjukkan bagaimana Sate Kajang Hj Samuri menjual popia sate, dengan harga 5 cucuk ayam berharga RM4.00 dan 5 cucuk daging berharga RM5.00.

Video itu dengan cepat menarik perhatian netizen, yang terkejut melihat perbezaan harga berbanding dengan Sate Bhalut Mark Adam.

Di ruangan komen, ada yang berkongsi pengalaman mereka menikmati popia sate ini di Sate Kajang Hj Samuri, sementara yang lain pula mengungkapkan minat untuk mencubanya selepas isu tular mengenai harga sate Mark Adam.

Akhirnya, keputusan untuk membeli tetap di tangan pengguna. Setiap peniaga memiliki strategi dan keunikan produk mereka sendiri, dan harga yang ditawarkan sering kali mencerminkan kualiti serta inovasi yang ditawarkan dalam hidangan tersebut.

BACA: Panas!!! Istana Pahang sahkan titah adendum Najib Razak

1 thought on “Gara-gara Mark Adam, sate kajang Hj Samuri diserbu”

Leave a Comment