Gara-gara berebut pelanggan, 3 lelaki Bangladesh serang peniaga Cameron Highland
Seorang pekerja gerai sayur di Brinchang, Cameron Highlands cedera akibat diserang tiga lelaki warga Bangladesh Sabtu lalu
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintenden Azri Ramli, kejadian yang berlaku kira-kira pukul 1.04 tengah hari itu
berpunca daripada pertengkaran mulut melibatkan mangsa iaitu seorang lelaki berusia 31 tahun bersama seorang lelaki warga Bangladesh yang tidak dikenali.
Difahamkan, mereka yang bekerja di sebuah gerai sayur bergaduh gara-gara berebut pelanggan.
Diserang tiga lelaki warga Bangladesh gara-gara rebut pelanggan
oleh
ROSILAWATI ROSEDI
15 Ogos 2023 05:07pmCAMERON HIGHLANDS – Seorang pekerja gerai sayur dekat Brinchang di sini cedera akibat diserang tiga lelaki warga Bangladesh menggunakan penutup bekas ais pada Sabtu lalu.… pic.twitter.com/550te5yatI
— MYNEWSHUB (@mynewshub) August 15, 2023
Selepas itu, mangsa telah diserang dua lagi lelaki warga Bangladesh lain dalam kejadian tersebut. Mereka menyerangnya dengan menggunakan penutup bekas ais.
Lihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 1 minit 54 saat di bawah:
Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kening sebelah kanan serta sakit di keseluruhan bahagian badan
Susulan kejadian tersebut, mangsa telah menerima rawatan di Hospital Besar Tanah Rata dan
pegawai perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan luka di bahagian kening, lebam pada bahagian belakang badan dan dada.
“Suspek pertama telah ditangkap dan tangkapan terhadap suspek kedua dan ketiga akan dijalankan secepat mungkin bagi melengkapkan siasatan,” katanya lagi.
BACA: Peluk duit rompak atas motorsikal, 2 guni wang berisi RM700,000 dilarikan