Gara-gara bapa mertua kahwin senyap-senyap di Thailand! Wanita ini ter’kahwin’ dengan abang kandung sampai ada anak!
PERKAHWINAN merupakan ikatan yang suci antara lelaki dan wanita sehingga ada yang sanggup berhabis ratusan ringgit bagi meraikan hari bahagia.
Namun atas sebab kekangan beberapa perkara, sesetengah pasangan memilih untuk mendiamkannya dengan melakukan akad semata-mata atau berkahwin di luar negara.
Paling membimbangkan apabila mereka tidak mendaftarkan pernikahan tersebut secara rasmi seperti kisah yang dikongsikan seorang peguam syarie baru-baru ini.
Menerusi halaman Facebook, Fahmi Ramli mendedahkan kisah seorang wanita yang berkahwin dengan abang kandung sehingga dikurniakan seorang anak.
“Dahulu dia bercinta dengan lelaki yang dikenali di universiti. Tiga tahun bercinta, jadi plan untuk berkahwin selepas graduasi.
“Semasa kenal, dia tak pernah berjumpa dengan ayah lelaki tersebut sebab sudah meninggal dunia. Malah wanita ini juga kematian ayah.
“Selepas graduasi, dia dinikahkan oleh abang kandung yang sulung sebagai walinya dan pernikahan berjalan lancar sehinggalah selepas dua tahun, mereka dikurniakan seorang cahaya mata,” ujarnya.
Bagaimanapun, kisah silam akhirnya terbongkar ketika wanita itu berbual dengan ibu mentuanya tentang bapa mentua yang tidak pernah ambil peduli setelah bercerai.
“Selepas dua tahun pernikahan itu, sewaktu wanita ini bersembang kosong dengan ibu mentuanya, terungkitlah kisah yang dia dulu ada berkahwin dengan ayah kepada suaminya tersebut di sempadan Thailand tanpa pengetahuan sesiapa.
“Hinggalah selepas anak mereka dilahirkan iaitu suami wanita ini sekarang, mereka bercerai dan kemudian, dia tidak pernah ambil peduli tentang mereka berdua.
“Malah ibu mentuanya ini pun tak pernah terfikir untuk membuat pengesahan nikah,” dedahnya.
Perkara yang tidak diduga berlaku apabila wanita itu melihat sijil peernikahan ibu mentuanya yang tertera nama yang sama seperti bapa kandungnya.
Dulu, dia ajak ibu mentuanya nikah di Siam kerana tidak dapat restu. Bahkan, katanya dia tidak ada sesiapa, duda.
FAHMI RAMLI
Dia makin gelisah setelah mengetahui ciri-ciri fizikal dan mendapati nombor kad pengenalan juga sama.
Keinginan wanita ini untuk melihat sijil pernikahan ibu mentuanya tersebut menjadi terbuak-buak sebab baru tahu tentang pernikahan di Thailand.
“Ciri-ciri ayah mentuanya itu? Orangnya tinggi, kulit hitam manis, rambutnya lurus.
“Dulu, dia ajak ibu mentuanya nikah di Siam kerana tidak dapat restu. Bahkan, katanya dia tidak ada sesiapa, duda. Apabila ditunjukkan gambar almarhum ayah mentua yang terselit dicelah fail sijil nikah tersebut, terkejut wanita itu,” tambahnya.
Peguam tersebut menjelaskan bahawa jika pernikahan ibu mentua wanita itu sah maka pernikahan dia dan suami adalah tidak sah kerana dianggap sebagai saudara sebapa dan perlu difailkan segera melalui permohonan faraq nikah di Mahkamah Rendah Syariah.
Manakala anak mereka boleh dianggap sebagai anak persetubuhan syubhah dan perlu membuat permohonan pengesahan nasab.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya mendakwa ia berpunca daripada sistem perundangan Islam di Malaysia yang agak rumit.
“Segelintir alasan kahwin luar sebab perundnagan Islam di Malaysia agak rumit bab pengurusan kahwin poligami… mereka ambik cara mudah halalkan dulu hubungan di luar negara kahwin secara sah, balik Malaysia cuma bayar denda dan daftar nikah di jabatan agama. Asal ada duit smua jalan.
“Dah la zaman sekarang orang kahwin cerai macam mainan… semoga dijauhkan perkara begini.
“Nak kahwin di Malaysia ni, kena isi borang. Bahkan nama bakal mentua semua tercatat dan tak silapnya ada no kad pengenalan sekali. Tak semak dahulu kah? Melainkan kejadian ni zaman dulu maka kita faham sebab setahu saya documentation zaman dulu tak selengkap sekarang,” ujar beberapa warga maya.
BACA:
Viral tikus bersarang dalam timbunan cili kering di pasaraya terkenal