Gara-gara anak dah besar, isteri bosan duduk rumah, paksa suami photoshoot baju pengantin sekali lain pula jadi

Oleh MHDAILY

Gara-gara anak dah besar, isteri bosan duduk rumah, paksa suami photoshoot baju pengantin sekali lain pula jadi

Apabila anak-anak meningkat dewasa, pastinya ibu dan bapa akan mulai bosan

sentiasa di rumah memandangkan rutin harian seperti keluar bekerja sehingga petang sudah tidak dilakukan.

Gara-gara anak dah besar, isteri bosan duduk rumah, paksa suami photoshoot baju pengantin sekali lain pula jadi

Jadi, kebanyakan mereka memilih untuk menghabiskan masa berdua bagi menghilangkan rasa sunyi dengan pelbagai aktiviti.

Hal ini samalah seperti perkongsian seorang pengguna TikTok dikenali sebagai azurabohari88 apabila memuat naik momen ibu dan bapa yang singgah ke butik pengantin kerana kebosanan berada di rumah.

Menurut pengguna TikTok yang juga pengusaha butik pengantin, ibu dan bapanya telah datang sambil melihat-lihat pakaian pengantin yang berada di sana.

Tanpa disangka, ibunya telah ‘memaksa’ bapa untuk memakai pakaian pengantin lelaki dan mereka sedondon mengenakan busana songket bewarna hijau lengkap dengan aksesorinya sekali.

@azurabohari88tahun ni tahun ke 38 tahun abah Dan mak membina masjid Dan Mempunyai anak yg taat lagi cantik seperti Ku.. umur abah 68 umur mak 57 beza 11 tahun sbb dlu abah tipu mak masih nk kawen..dia kata umur nya 21 padahal umur dah 29 tahun time kawen.. mak X bercinta sgt pun time tunang.. org dulu2 kan 😅😅 bila dah kantoi, kawen je lah.. nk buat mcm mana dah jodoh 🤣🤣 semoga abah Dan mak kekal sihat Dan Di panjangkan umur, kerana Kami belum puas bahagiakan mak abah ♥️♥️♬ Nyaman – Ash Fasryll

Lebih ‘sweet’ lagi, mereka juga mahu bergambar seperti pengantin baru dengan masing-masing tersenyum malu sewaktu diminta untuk bergaya mesra.

Kita pula senyum2 tengok


Perkongsian tersebut telah mendapat pelbagai maklum balas daripada warganet.

Rata-rata mengakui tersenyum melihat momen berkenaan kerana tumpang bahagia apabila pasangan warga emas itu tetap mesra dan romantik walaupun sudah berusia.

Mereka juga mendoakan agar ibu bapa kepada pengguna TikTok berkenaan terus diberi kesihatan yang baik dan kekal bahagia hingga ke akhir masa.

BACA:

Siapa sangka dengan simkad pun boleh buat duit tepi, ini rahsianya ramai tak tahu

“Aku pun antara yakin dengan tak, aku bagi mak duit. Itulah duit terakhir dalam tangan. Aku tawakal masa tu. Ada juga suara jahat kata kenapa bagi, kan dah tak ada duit langsung”