Gara-gara 2 adik ‘gila’ guna kereta mewah, abang kena tanggung akibat!

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Ramai beranggapan bekerja dengan ahli keluarga lebih mudah atas faktor kejujuran dan kepercayaan.

Namun, realitinya tidak semudah disangka kerana konflik, terutama yang melibatkan kewangan, mudah tercetus.

Pengalaman ini turut dikongsi oleh seorang wanita apabila suaminya bekerja di bawah pengurusan bapa mentua menguruskan restoran keluarga.

Pada awal perkahwinan, segalanya berjalan lancar sehinggalah adik iparnya, yang baru bekerja beberapa bulan, mampu membeli kereta mewah.

“Gaji dia dua kali ganda gaji aku. Baru kerja beberapa bulan dah beli kereta mewah. Lantaklah duit dia, janji jangan palitkan aku.

Gara-gara 2 adik ‘gila’ guna kereta mewah, abang kena tanggung akibat!

Tak sampai setahun, dia dah tukar kereta lain. Kereta lama pula diberikan kepada adik yang gaji kecil untuk sambung bayar,” tulis wanita itu di media sosial.

Keadaan bertambah buruk apabila kedua-dua adik iparnya berhenti memberikan sumbangan kepada ibu bapa mereka kerana perlu membayar ansuran kereta mahal. Akibatnya, gaji suaminya mula dibayar lewat.

“Dulu gaji dibayar tepat masa, sekarang makin lambat. Baru-baru ini, suami pinjam RM1,000 duit aku. Duit itu pula hasil aku jual gelang emas untuk bayar kos bersalin. Syukur mentua bayar semula lepas aku keluar hospital,” katanya.

Masalah semakin meruncing apabila dia terbaca mesej bapa mentuanya meminta gelang emasnya untuk digadai bagi membaiki kereta rosak.

“Dia kata anak-anak lain belum dapat gaji, jadi nak guna duit tu. Walhal, mereka ada dua kereta, guna sajalah satu lagi. Gaji besar, tapi tiada simpanan? Aku dulu kerja gaji RM1,500 sebulan pun boleh simpan RM10,000 dan beli emas,” tambahnya.

Disebabkan tekanan kewangan dan gaji tertunggak, suaminya mengambil keputusan mogok kerja serta mencari kerja sampingan. Namun, mentuanya merayu suaminya kembali bekerja kerana kekurangan staf, walaupun gaji masih belum dibayar.

Perkongsian ini menarik perhatian netizen yang menyarankan suaminya mencari pekerjaan lain demi kestabilan kewangan.

“Suruh suami kerja kilang atau jadi promoter. Asalkan ada pendapatan tetap. Kesian awak,” kata seorang netizen.

“Ambil lesen lori, permulaan gaji pun RM3,000. Jangan gadai emas untuk mentua, itu tindakan bodoh,” tambah seorang lagi.

Beberapa cadangan lain termasuk mengambil upah memotong rumput atau bekerja sebagai mekanik sambilan, sekurang-kurangnya untuk sementara waktu.

BACA: “Tiada siapa boleh atasi undang-undang” Menteri Kesihatan respon ahli parlimen merokok di kedai makan