Gambar Syamsul Yusof dan Kazar berada di kedai emas buat netizen terkejut

Oleh MHDAILY

Gambar Syamsul Yusof dan Kazar berada di kedai emas buat netizen terkejut. SpekuIasi yang melibatkan pengarah filem Syamsul Yusof dan anak kepada pelakon veteran Kazar Saisi iaitu Ira bakal berkahwin dalam masa terdekat masih jadi tanda tanya.

Puteri Sarah Liyana juga turut mendedahkan satu kiriman mesej yang mendakwa Syamsul dan Ira sudah bertunang namun tidak didedahkan bila.

Puteri Sarah dengan tenang memberi peringatan agar tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap dua cahaya mata mereka.

Terbaru, tular pula video Syamsul Yusof berada di kedai emas sedang memilih emas mungkin untuk dibelikan buat seseorang. Paling menarik perhatian, apabila ada penampakan Kazar yang berada di bahagian dalam kedai emas tersebut.

Tidak tahu apa tujuan sebenar mereka di sana, tapi rata-rata netizen bersimpati tentang apa yang berlaku terhadap Puteri Sarah dan mendoakan Syamsul membelikan emas tersebut buat satu-satunya isterinya, Puteri Sarah.

Gambar Syamsul Yusof dan Kazar berada di kedai emas buat netizen terkejut

Sekadar info, Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Terdahulu,

Sejak akhir-akhir ini, nama pengarah filem Syamsul Yusof menjadi sebutan ramai di media sosial selepas terpalit dengan kontroversi yang melibatkan rumah tangganya dengan pelakon Puteri Sarah Liyana.

Ada yang iri hati

Terbaru, Syamsul mendedahkan di Instagram Stories ada segelintir pihak yang ingin memboikot dirinya dan karya seni gara-gara konflik panas itu.

Namun, kata pelakon berumur 38 tahun ini, dia menyerahkan urusan rezeki kepada Allah SWT.

Walau segelintir ingin memboikot filem, memboikot karya saya, ‘Lets cancel Syamsul Yusof dan iri dengan kejayaan dari Allah.’

Namun mereka lupa..mereka bukanlah Tuhan. Aku hanya bergantung pada Mu Yang Satu ya Rabbi. Tiada yang Lain. Engkaulah Tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezeki. Aku redha.

Dalam pada itu, pemilik nama Mohd Syamsul Mohd Yusof berasa lega apabila filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan telah mencatatkan penjualan tiket ‘full house’ sejak ditayangkan di panggung semalam (Khamis).

Biarpun di sebalik kemelut yang muncul, sambutan yang diterima daripada penonton sangat luar biasa.

Filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dibintangi barisan pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Ellie Suriaty Omar, Farah Ahmad dan pelakon aksi terkenal Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian.

Baru-baru ini, salah sebuah portal tempatan mendakwa pengarah filem Mat Kilau, Syamsul Yusof menyorok daripada ditemubual oleh mereka ketika berlangsungnya majlis tayangan perdana filem tersebut, semalam.

Difahamkan, pihak portal berkenaan mahu menyelesaikan masalah ketidakpuasan hati yang tercetus mengenai laporan kisah rumahtangga pengarah tersebut.

Syamsul bersuara -“Aku tak menyoroklah!”

Terbaru, anak kepada pengarah hebat, Datuk Yusof Haslam tampil bersuara mengenai dakwaan yang dilemparkan oleh portal tersebut menerusi hantaran di laman Instagram. Jelas Syamsul, dia tidak pernah menyorokkan diri daripada mereka.

“Wuih bahasa..bakar line nampak mstar? Aku tak menyoroklah”- tulis Syamsul dalam hantaran di laman Instagram miliknya.

Nak aku datang ofis cari penulis ke?

Tambah pengarah berusia 38 tahun itu, tajuk utama yang ditulis oleh portal tersebut seolah-olah mengundang dirinya untuk hadir ke pejabat media tersebut dan mencari penulis artikel berkenaan.

Nak aku datang pejabat dan cari penulis untuk menyembur depan muka? Hal ini tak mainlah dalam media.

“Cabar aku, nanti aku sampai, aku cari. Silap orang kau cari gaduh, wahai wartawan,”tegas Syamsul.

Nanti abang sampai, okey?

Syamsul meluahkan ketidakpuasan apabila melihat sesetengah pihak yang cuba mencari masalah dengan dirinya, sedangkan dia tidak melakukan apa-apa pun yang menyakitkan hati.

Pada masa yang sama, Syamsul yang pernah dinobatkan sebagai Pengarah Terbaik paling muda meminta pihak berkenaan agar menunggu kehadirannya ke pejabat mereka

“Nanti abang sampai, okey?”katanya.

BACA:

Ira Kazar akhirnya buka mulut, “saya masih single okay!”

Syamsul Yusof jawab dakwaan dah bertunang dengan Ira Kazar

Dapat perkhabaran suaminya dan Ira Kazar dah bertunang, ini respon padu Puteri Sarah