Gambar ini jadi bukti Shuib dan usahawan wanita bercinta

Oleh MHDAILY

Gambar ini jadi bukti Shuib dan usahawan wanita bercinta. Kembali bertiup kencang, selebriti popular Shuib sekali lagi menjadi sasaran netizen apabila didakwa sedang menjalin hubungan cinta dengan seorang usahawan wanita.

Khabar angin tentang hubungan mereka mula menjadi bualan ramai ialah apabila dikatakan kerap keluar bersama sejak kebelakangan ini.

Malah, satu hantaran Instagram Shuib yang menampakkan pantulan imej seorang wanita yang dipercayai usahawan terbabit pada cermin sebuah restoran mewah turut menjadi perhatian ramai.

Menerusi perkongsian tersebut, Shuib bergambar bersama dua anaknya iaitu Dzahira Talita Zahra dan Ariq Matin.

Hantaran Shuib menuai perhatian ramai sekali gus mencetuskan spekulasi penyampai radio Suria FM itu sedang asyik bercinta.

Gambar ini jadi bukti Shuib dan usahawan wanita bercinta

Rata-rata netizen turut meminta Shuib membuka mulut dan berkongsi tentang status hubungannya dengan wanita terbabit.

“Sudah terang lagi bersuluh. Cantik wanita dalam pantulan imej tersebut, mengaku sajalah Shuib,” komen netizen.

“Romantis saja mereka tetapi pasti akan ada pihak yang tidak berpuas hati nanti,” kata seorang lagi netizen.

Sejak akhir-akhir ini, Shuib dan wanita itu sering memuat naik foto di lokasi yang sama namun tidak berkongsi gambar antara satu sama lain dalam media sosial masing-masing.

Kedua-duanya bagaimanapun hanya membiarkan orang ramai berteka-teki tentang hubungan mereka.

Sebelum ini, bapa kepada empat orang anak itu pernah menafikan menjalinkan hubungan skandal dengan wanita itu.

Penafian tersebut tercetus selepas tular sebuah rakaman video wanita berkenaan sedang bermain golf dengan seorang lelaki yang dipercayai Shuib.

Terdahulu, sejak kematian Allahyarham Siti Sarah akibat Covid pada 9 Ogos tahun lalu, Shuib kerap dikaitkan dengan beberapa selebriti wanita tanah air.

Antara nama yang sering disebut ialah Siti Nordiana, Wan Sharmila dan Zara Zya.

Selain Talita dan Matin, Shuib mempunyai dua orang lagi cahaya mata Uwais Alqarni, 11, dan Ayash Affan hasil perkahwinannya dengan Siti Sarah pada 26 Februari 2011.

BACA:

Baru kahwin, lelaki jadi malu nak makan bekal di ofis, siap nasi bentuk love

Terkejut tengok parcel berisi serbuk putih tiba-tiba muncul depan pintu rumah

Nabila Huda belanja pakai bikini, mata tajam netizen perasan sesuatu pula