Gam gajah terkena kulit? Cuba petua ini untuk hilangkannya

Oleh JUNAIDA MAHUSIN

Gam gajah yang melekat pada kulit boleh menjadi masalah yang boleh mengganggu keselesaan.

Dalam artikel ini, kita bersama-sama mencari penyelesaian yang efektif untuk menghilangkan gam gajah tersebut agar kulit kita kembali bersih seperti sedia kala.

Nak dijadikan cerita, haritu nak gam toys anak i guna gam gajah, sekali gam tu terkeluar banyak.

Gam gajah terkena kulit? Cuba petua ini untuk hilangkannya

Habis terkena tangan, dalah gam tu kuat bila kena tangan terus jadi tak selesa.

Nasib baik saya jumpa cara cepat macam mana cara nak hilangkannya.

Hanya menggunakan bahan-bahan yang ada di dapur sahaja.

1. Rendam tangan yang terkena gam dengan air suam selama beberapa minit,
2. Campurkan air itu dengan sabun,
3. Ambil minyak masak and garam gosok dekat tempat terkena gam (macam pakai scrub)
4. Selepas itu, boleh basuh macam biasa.

Mula-mula akan agak sukar untuk tanggal tapi selepas kerap gosok lama kelamaan akan tertanggal juga.

Jangan lupa untuk sapu losyenn, ini kerana kulit akan menjadi kering dan menggelupas tau.

Baca :Sanggup berebut, Ernie dan Syamel akhirnya dapat juga kek tapak kuda ustaz