“Selepas hukuman dilaksanakan, kami akan meneruskan dengan tindakan perlaksanaan yang lain seperti memohon kebankrapan, menyita harta miliknya, dan lain-lain.
Seorang bekas pemilik Kelab Kuantan FA dan Marcerra United, yang bergelar Datuk Seri,
Dia telah dikenakan hukuman penjara selama 7 hari kerana gagal melunaskan baki tunggakan gaji kepada bekas pemain pasukan tersebut.
Peguam bela yang mewakili 46 pegawai dan pemain pasukan tersebut, Suhail Rahimi Abdul Razak, menyatakan bahawa Datuk Seri itu tidak dapat menyelesaikan jumlah baki RM1.5 juta yang dipersetujui daripada jumlah keseluruhan RM3 juta pada 29 Januari lalu.
Ini merupakan kes saman sivil pertama dalam sejarah bola sepak Malaysia yang melibatkan pemilik kelab.
“Walaupun terdapat cadangan penyelesaian sebelum ini dan terdapat proses pembayaran pada tahun 2023 serta hasil perbincangan lanjut, jumlah baki akhir yang wajib diselesaikan oleh defendan adalah RM1.5 juta.
“Pihak peguam telah berhubung dengan pihak defendan (bekas pemilik Kuantan FA dan Marcerra FA) sehingga 5.00 petang, 9 Februari lalu dan dengan dukacitanya, masih belum ada bayaran.
“Peguam telah menghantar satu surat kepada mahkamah untuk perintah tangkapan yang diberikan oleh mahkamah pada 29 Januari 2024 lalu, dan pagi ini, mahkamah mungkin telah mengeluarkan perintah tangkapan tersebut kepada balai berkenaan untuk proses perlaksanaan.
“Selepas hukuman dilaksanakan, kami akan meneruskan dengan tindakan perlaksanaan yang lain seperti memohon kebankrapan, menyita harta miliknya, dan lain-lain. Ini bergantung kepada pemain selepas dia keluar penjara nanti. Kes ini tidak akan berakhir di sini,” katanya seperti yang dilaporkan dalam Harian Metro.
Pemilik kelab tersebut boleh dibebaskan dari hukuman penjara jika dia berjaya melakukan pembayaran penuh.
“Dia (pemilik kelab) boleh dibebaskan dari penjara jika melakukan pembayaran penuh. Sebagai contoh, pada hari kedua di penjara, jika dia membuat pembayaran penuh sebanyak RM1.5 juta, maka dia akan dibebaskan secara serta-merta.
Namun, syaratnya adalah pembayaran penuh tanpa pengurangan jumlah tersebut.
“Dalam kes ini, dari tahun pertama 2022 sehingga 2023, terdapat banyak perbincangan yang berlaku, namun kami hanya menerima sekitar RM500,000 sahaja. Pada masa itu, jumlah tunggakan adalah sebanyak RM3 juta.
“Dalam saman sivil, terdapat satu proses yang dinamakan proses pelaksanaan, iaitu saman komital, di mana kami boleh memenjarakan defendan atas penghinaan kepada perintah mahkamah yang melampau. Walau bagaimanapun, proses penjara ini perlu berdasarkan fakta kes tertentu,” katanya.
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio