Gadis ni selamba bogel ketika game bola, “semua pemain jadi tak fokus”. SEORANG wanita disiasat polis selepas membuka pakaiannya ketika menonton perlawanan bola sepak di Stadium San Nicola, Itali, baru-baru ini.
Coyote Cutee, 22, membuat kejutan ketika perlawanan Serie B melibatkan kelab Bari apabila membiarkan tubuhnya menjadi tatapan penonton yang hadir.
Dia yang hanya berseluar dalam putih dan berbaju merah turut memegang kain rentang kecil sebagai tanda sokongan terhadap pasukan bola sepak kegemarannya.
Perbuatan itu nampaknya tidak disenangi ramai sehingga pelajar bidang Komunikasi Digital itu kini disiasat oleh pihak polis.
Jika bersalah, wanita itu berdepan denda yang dikhabarkan bernilai sehingga ribuan ringgit.
Coyote Cutee bukanlah satu nama asing, malah dia sebelum ini meraih populariti menerusi laman OnlyFans.
Menurut wanita itu, dia tidak salah, sebaliknya mempunyai kebebasan untuk memakai apa sahaja yang dimahukannya.
“Sebagai wanita, saya bebas untuk tunjuk badan saya bila-bila masa yang saya suka dalam apa cara sekalipun.
“Ia pilihan saya. Saya buat content dan saya jual. Saya buat semuanya sendiri. Saya bukanlah pelakon porno,” ujar wanita itu mempertahankan tindakannya.
BACA:
PAC dedah hutang negara dah capai RM100 billion
Laman web pamer individu terima ‘Datuk’ palsu terbongkar
Perodua keluar Axia 2023 baharu, guna enjin sama dengan Ativa