Gadis ini healing tepi jalan siap bawa periuk dan peralatan memasak, sempoi masak dalam kereta curi tumpuan netizen

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Setiap orang mempunyai hobi yang berbeza sejak kecil lagi

Ada yang suka menyanyi, menari, berlakon atau pun memasak.

Tetapi, pernah kah anda melihat orang memasak di dalam kereta?

Gadis ini healing tepi jalan siap bawa periuk dan peralatan memasak, sempoi masak dalam kereta curi tumpuan netizen

Seperti gadis ini yang menjadi tular apabila videonya memasak nasi goreng udang di dalam kereta telah mencuri tumpuan ramai.

Siap bawa periuk dan peralatan memasak, sempoi masak dalam kereta

Menerusi video yang dimuat naik oleh @saga_latte, kelihatan gadis itu memberhentikan keretanya di tepi jalan.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia mengeluarkan peralatan dan bahan memasak seperti papan pemotong, sayur-sayuran, chopper dan sebagainya untuk menyediakan menu makan tengah harinya.

@saga_latte Cuti day 12 #fyp #fypシ #foryou #sagalatte #asmr #cinematic #cooking #proton #protonsaga #sagalama ♬ Jujur – Tereza Fahlevi

Hobinya itu agak rare kerana jarang kita lihat orang memasak di dalam kereta. Paling tidak pun, mesti ramai yang camping di tepi jalan atau pantai untuk memasak. Betul tak?

Ikutan tularnya video tersebut yang kini telah meraih 1.1M views, 64.2K likes dan 3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenainya

@saga_latte Replying to @ijan ali baik, saya tunaikan. #fyp #fypシ #foryou #sagalatte #asmr #cinematic #cooking #proton #protonsaga #sagalama ♬ Jujur – Tereza Fahlevi

Image from @saga_latte (TikTok)

Malah, ramai juga yang ingin tahu dan berminat dengan periuk yang digunakan oleh gadis itu.

Image from @saga_latte (TikTok)

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

BACA: Tunku Azizah tak dapat menahan sebak disambut rakyat Sabah