Fuziah bimbang isu gangguan seksual babitkan polis, gesa segerakan RUU

Fuziah bimbang isu gangguan seksual babitkan polis, gesa segerakan RUU

Para penggubal undang-undang mengulangi permintaan mereka supaya kerajaan menyegerakan pembentangan Rang Undang-Undang Gangguan Seksual secepat mungkin selepas dakwaan beberapa insiden melibatkan polis.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, masyarakat mengharapkan pihak berkuasa menjadi benteng terakhir terhadap isu gangguan seksual.

“Itulah sebabnya kami memerlukan Akta Gangguan Seksual. Mereka yang berada dalam perkhidmatan awam, terutama barisan depan, adalah tonggak kekuatan kami semasa wabak ini.

“Kami menghargai sumbangan mereka dan mengharapkan mereka menjadi yang terakhir untuk tidak menyalahgunakan kedudukan mereka,” katanya.

Pada 11 Februari, seorang wanita mengadu seorang anggota polis menahannya di sekatan jalan raya dan mendapatkan maklumatnya, kemudiannya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk berkenalan.

Kejadian itu mengakibatkan lebih ramai wanita untuk berkongsi pengalaman mereka dengan polis di sekatan jalan raya, terutama melibatkan gangguan seksual.

Dalam kejadian berasingan, seorang pegawai polis didakwa menyoal seorang wanita kerana tidak memakai coli.

Terdapat peningkatan sekatan jalan polis berikutan pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) pada 13 Januari untuk membendung penyebaran Covid-19.

Fuziah mendesak Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador untuk memandang serius perkara itu supaya tidak merosakkan imej pasukan polis.

“Tindakan tegas harus diambil untuk memberi isyarat jelas bahawa gangguan seperti ini sama sekali tidak dapat diterima,” tambahnya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Kawan, Kasthuri Patto mendesak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun untuk memberi maklumat terkini mengenai RUU Gangguan Seksual.

“Rina, memandangkan banyak pendedahan wanita yang diganggu secara seksual oleh pegawai penguatkuasa undang-undang, pengendali penghantaran, doktor, pensyarah, peguam, senarai itu terus berlanjutan – adakah draf akhir #SexualHarassmentBill sudah siap,” soalnya.

Pada 7 Januari, Rina mengatakan RUU itu akan dibentangkan tahun ini.

Empat hari kemudian, keadaan darurat diisytiharkan dan Parlimen ditangguhkan.

Kerajaan Perikatan Nasional (PN), bahawa ia memerlukan kuasa darurat untuk menangani wabak Covid-19 dan Parlimen digantung sehingga keadaan darurat berakhir pada 1 Ogos.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dilapor merancang mengadakan pilihan raya umum selepas darurat berakhir, maka ia mengakibatkan pembentangan rang undang-undang ditangguhkan.

RUU Gangguan Seksual itu sepatutnya dibentangkan di parlimen tahun lalu tetapi ditangguhkan berikutan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/562906