Founder kena tahan polis selepas video tular cium mulut kanak-kanak

Founder kena tahan polis selepas video tular cium mulut kanak-kanak

Seorang pengasas produk kecantikan ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung satu video TikTok yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan berkata, penahanan dilakukan pada Selasa.

“Suspek berusia 30-an itu akan disiasat di bawah Akta Kesalahan Seksual terhadap kanak-kanak 2017 berkaitan kesalahan amang seksual fizikal,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Pada Selasa, tular video lelaki itu mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkatnya.

Bagaimanapun, difahamkan TikTok suspek itu kini telah dinyahaktif.

Berita Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/124283/BERITA/Semasa/Lelaki-cium-kanak-kanak-ditahan-polis