Founder Kelantan panik lamborghini hampir tenggelam banjir di rumah, “saya di luar negara”. PANTAI Timur antara yang terjejas teruk dilanda banjir ketika ini, sehingga sebahagian rumah dan harta benda ditenggelami air.
Seorang usahawan dari Kelantan juga berdepan detik cemas dalam usaha menyelamatkan kereta mewah Lamborghini miliknya yang nyaris tenggelam.
Kisah wanita itu yang berusaha untuk memindahkan kereta bernilai RM2 juta itu ke lokasi lebih selamat itu tular selepas dia membuat hebahan di media sosial.
Bercakap kepada mStar, usahawan berkenaan, Anes Ayuni Osman tampil menjelaskan terpaksa memindahkan Lamborghini itu memandangkan dia dan suami kini berada di Jakarta, Indonesia.
Lebih mesra disapa Ayuni, dia mengakui panik kerana kawasan rumahnya di Kota Bharu turut terjejas dengan bencana banjir.
“Depan rumah saya, paras air hampir cecah lutut. Kereta masih dalam perkarangan rumah, jadi kena towing untuk dibawa ke tempat lebih selamat.
“Saya memang panik sebab saya di Indonesia, tiada di rumah. Cari khidmat towing ramai dah mula tolak sebab susah nak tempuh banjir,” katanya ketika dihubungi mStar.
Kereta Lamborghini yang merupakan hadiah kejutan bernilai RM2 juta.
Usahawan berusia 19 tahun itu menzahirkan kesyukuran kerana akhirnya kereta tersebut berjaya dipindahkan dari Pasir Tumboh ke Kubang Kerian selepas usaha selama berjam-jam.
“Ramai ingat kereta saya ditenggelami banjir, tapi sebenarnya air naik masih di paras tayar. Sebenarnya saya ambil langkah berjaga-jaga.
“Ada kereta rakan-rakan yang terkandas, jadi saya berusaha untuk selamatkan selagi boleh tempuh banjir.
“Syukur Alhamdulillah, kereta dalam keadaan baik. Bahagian enjin pun tak ditenggelami air, terima kasih kepada semua yang membantu memindahkan kereta saya,” katanya.
Ayuni dan suami bersama kereta Lamborghini masing-masing.
Ibu kepada seorang cahaya mata itu turut terkesan dengan kejadian banjir yang berlaku di beberapa kawasan di negara ini terutama di Kelantan.
“Apabila saya tengok rumah dan kereta sendiri hampir tenggelam pun rasa terdesak dan panik, apatah lagi rumah dan kereta mereka yang lain sudah tenggelam. Sedih tengok mereka.
Saya tengok rumah dan kereta sendiri hampir tenggelam pun rasa terdesak dan panik, apatah lagi rumah dan kereta mereka yang lain sudah tenggelam. Sedih tengok mereka.
“Saya juga mahu membantu mereka yang terkesan dengan banjir di Kelantan. Saya mencari NGO (badan bukan kerajaan) mahupun sukarelawan yang boleh membantu saya untuk menghulurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir,” katanya.
Menurut Ayuni lagi, dia akan memberikan dana kepada NGO dan sukarelawan bagi sumbangan dan bantuan berkaitan seperti bekalan makanan dan barang keperluan.
Ayuni mencari NGO, sukarelawan bagi membantunya menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
“Saya tahu pasti ada mangsa-mangsa banjir yang terputus bekalan makanan dan keperluan lain. Bantuan juga boleh disalurkan ke pusat pemindahan sementara (PTS) untuk mangsa banjir.
“Jadi saya mencari NGO atau sukarelawan yang boleh bantu saya menghulurkan bantuan secara amanah, bertanggungjawab dan boleh dipercayai. Jika ada sukarelawan atau NGO dari luar nak bantu rakyat Kelantan pun dialu-alukan.
“Saya berharap kita semua mendoakan agar rakyat Malaysia selamat daripada musibah banjir dan melindungi mangsa-mangsa banjir walau di mana mereka berada,” katanya.
Ayuni membuat pengumuman mengenai bantuan untuk mangsa banjir.
Kisah Ayuni sering menjadi bualan dan antaranya mendakwa dirinya sebagai remaja paling kaya di Malaysia.
Selain itu, Ayuni turut menjadi perhatian kerana menghadiahkan kereta Lamborghini buat suami sebagai ‘ganjaran’ kerana menjaganya ketika berpantang.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) December 20, 2022