Ferrari perkenal SUV pertamanya, “gigil tengok belakang dia”. Ferrari Purosangue yang juga kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah keluaran Ferrari bakal menjengah pasaran tahun depan, namun namanya cukup meniti minat penggemar model keluaran syarikat berkenaan.
Model unik ini datang dengan empat pintu serta empat tempat duduk, malah ia menggabungkan elemen yang ada pada model Roma, 296, SF90 dan 812.
Ia dibangunkan dengan casis serba baharu yang mana struktur bawah kenderaan dibina daripada aluminium berketahanan tinggi selain kerangkanya gabungan aluminium dan gentian karbon.
Rekaan luarannya masih bercirikan aerodinamik.
Malah, SUV ini datang dengan lampu hadapan dan lampu nyalaan siang (DRL).
Untuk aliran angin lebih baik, ia disertakan dengan ciri kemasukan udara dua bahagian atas dan sisi.
Tayar hadapannya bersaiz 22 inci manakala tayar belakang bersaiz 23 inci.
Ruang kokpit diinspirasikan daripada model SF90 Stradale dengan paparan meter 10.2 inci di bahagian penumpang hadapan.
SUV ini dilengkapi enjin 6.5 liter liter V12, ‘naturally aspirated’, transmisi dwi klac lapan kelajuan F1 DCT dengan kelajuan tertinggi sehingga 310 kilometer/sejam (km/j).
Ia boleh memecut daripada sifar ke 100 km/j/ dalam tempoh 3.3 saat.
Purosangue juga datang dengan sistem suspensi aktif Ferrari serta Pengesan Dinamik Casis enam ketetapan (6w-CDS) selain Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) ‘evo’ dengan sistem kawalan meliputi Kawalan Gelinciran Sisi.
Untuk pasaran Itali, Ferrari Purosangue ditawarkan pada harga RM1.75 juta dengan jangkaan pengeluaran bermula pada tahun ini dan diserahkan kepada pelanggan bermula pada suku kedua tahun depan.
BACA:
3 lelaki ceroboh asrama perempuan di Kedah, cuba tanggal seluar
Sejarah baru, ini wanita Malaysia pertama tamat pengajian di Akademi Tentera Laut Amerika
“Sanggup jual buah pinggang hanya untuk beli iphone 14”
@wawanfood Tak cuba maka tak tahu. Rasai sendiri Sambal Garing Mata Biru keluaran kami. Pedas 3 minit di mulut.... #sambalikanbilis #sambalgaringbilis #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilismatabirusabah #ikanbilismatabiru #ikanbilis #sambal ♬ Sunrise - Official Sound Studio