Fazura impi anak lelaki buat ramai sedih tapi nak buat macamana ya, boleh bantu tak

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Satu video yang merakamkan gelagat Fazura ketika bergambar dengan peminatnya mencuri perhatian ramai.

Tatkala seorang wanita bersama tiga anak lelakinya datang menghampiri Fazura,

aktres itu lantas meminta kanak-kanak tersebut mendoakan agar dia juga dikurniakan zuriat anak lelaki.

“Doakan auntie dapat baby boy ye,” kata Fazura sambil membuat gaya menggosok perutnya.

Fazura ketika itu difahamkan sedang berada di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara sempena jualan gudang produk jenamanya.

Fazura impi anak lelaki buat ramai sedih tapi nak buat macamana ya, boleh bantu

Namun ucapan spontan yang keluar dari mulut aktres itu menarik perhatian ramai yang simpati dengan apa yang menimpa aktres jelita itu.

“Ala kesian Faz, dia dah rancang nak baby lagi, tapi takdir kata lain..,” komen pengguna TikTok.

“Cantiknya Fazura harap siapa jodoh Fazura boleh lindungi dan bimbing Fazura,” kata pengguna lain.

“Sedih pula bila dia cakap nak baby boy,” ujar yang lain pula

Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum bercerai pada Oktober tahun ini.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, 4.

Baca juga: Suami kantoi check-in dengan budak tingkatan 1, beritahu isteri ‘ringan-ringan’ saja