Sejak semalam, ramai yang memperkatakan mengenai pendedahan mengejutkan oleh pengawal peribadi Fazura
Tentang ‘orang ketiga’ yang didakwa menjadi punca konflik rumah tangga pasangan tersebut.
Namun, tular satu perkongsian oleh seorang individu yang dipercayai seorang peguam, yang mendedahkan sesuatu berkaitan bekas penata hijab kepada Fazura.
Menerusi perkongsian di Insta Story, individu tersebut menyatakan bahawa bekas penata hijab yang dikenali sebagai Syira
Dia berhasrat mengambil tindakan undang-undang berikutan fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
Menurut individu tersebut, Syira menerima banyak kecaman susulan tuduhan bahawa dia adalah ‘penyondol’ dalam rumah tangga Fazura dan Fattah Amin. Khabar angin itu dikatakan berasal daripada wartawan yang didakwa ‘dibayar’ untuk menyebarkan cerita palsu.
Peguam tersebut juga menjelaskan bahawa Syira, seorang ibu tunggal, bukanlah wanita yang didakwa merosakkan rumah tangga mereka. Malah, dia menegaskan bahawa Fattah Amin tidak pernah berlaku curang.
Individu itu juga menyebut, “Kadang-kadang suami baik, tapi isteri yang suka kehidupan sosial yang berlebihan. Isteri mungkin ada orang lain, tetapi pihak lain pula dijadikan kambing hitam untuk menjaga reputasi.”
Individu tersebut turut memberitahu bahawa dia tidak mengambil kes ini kerana kini bekerja dalam bidang perundangan yang berbeza, dan mendoakan agar Syira memperoleh kehidupan yang lebih baik.
BACA: Rupanya ini sebab kenapa lampu amaran masih menyala walau dah turunkan handbrake