Fasih berbahasa melayu, lagak seolah-olah rakyat Malaysia yang sah, rupanya miliki MyKad palsu

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Sepasang suami isteri warga Filipina ditahan dalam serbuan di sebuah rumah di Pandan Indah semalam,

selepas disyaki memiliki kad pengenalan palsu.

Menurut Bahagian Penguatkuasa Jabatan Pendaftaran Negara (JPN),

Tangkapan tersebut dilakukan hasil risikan selama dua minggu terhadap pasangan berkenaan.

Difahamkan, pasangan itu dipercayai telah membeli MyKad palsu dengan harga RM250 sekeping daripada seorang ejen sindiket di ibu negara dua tahun lalu.

Fasih berbahasa melayu, lagak seolah-olah rakyat Malaysia yang sah, rupanya miliki MyKad palsu

“Kedua-dua suspek berasal dari Basilan, Filipina. Isteri berusia 40 tahun, manakala suaminya berumur 53 tahun.

“Mereka mengaku bekerja sebagai pengawal keselamatan dan menggunakan MyKad palsu tersebut untuk mendapatkan pekerjaan serta bergerak bebas,” jelas jurucakap JPN.

Hasil siasatan juga mendapati kedua-dua suspek fasih berbahasa Melayu dan mempunyai seorang anak yang masih berada di Filipina. Mereka dipercayai memasuki Malaysia secara haram.

Kedua-dua mereka telah dihadapkan ke mahkamah hari ini atas kesalahan di bawah Peraturan 25(1)(e), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

“Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda maksimum RM20,000, atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan ini diambil untuk memastikan setiap pesalah dihukum setimpal mengikut undang-undang negara,” ujar jurucakap tersebut lagi.

BACA: Lelaki raih kutipan derma cecah RM 600k dengan hanya tagih simpati, hasil kutipan buat beli rumah