Farid Kamil dedah berat pernah cecah 97kg untuk 1 watak

Oleh ABD RAZAK SALLEH

Bukan senang untuk menjadi pelakon apatah lagi perlu mendalami jiwa watak yang pastinya berbeza untuk setiap drama.

Ada yang terpaksa menaikkan berat badan untuk menjayakan watak malah ada juga perlu menurunkan berat badan.

Menurut HibGlam, pelakon Farid Kamil berkongsi pengalaman memiliki berat badan hampir 100 kilogram (kg)

Pelakon tersebut memaklumkan berat tersebut membuatkan dirinya mengalami kesukaran untuk bergerak dan berasa mudah penat.

Pelakon berusia 43 tahun itu terpaksa menaikkan berat badan demi menjayakan watak dalam filem Baran.

Farid Kamil dedah berat pernah cecah 97kg untuk 1 watak

“Dalam filem itu pengarah (Joel Soh) meminta saya untuk menambah berat badan sehingga 97kg. Dia tidak mahu melihat saya memiliki tubuh badan sasa.

“Biasanya berat badanya saya sekitar 82kg, jadi ini pertama kali saya memiliki berat badan hampir 100kg. Memang seronok kerana tidak perlu fikir diet kerana makan, minum dan tidur saja.

“Saya akui tidak pernah berada dala keadaan begitu, jadi pada awalnya saya berasa cepat penat, mengah, bernafas tercungap-cungap,” katanya seperti dipetik HibGlam.

Hubungan dengan keluarga dalam keadaan baik

Pernah bercerai dengan pelakon Diana Danielle namun sempat bersama semula dalam iddah, Farid akui hubungan dengan keluarga dalam keadaan baik.

Alhamdulillah, saya berasa sangat bersyukur dan gembira. Saya sekarang berada di fasa yang sangat bersyukur dan menikmati kehidupan ini dengan bahagia.

“Apa boleh dikatakan perjalanan kerjaya dalam keadaan baik, keluarga juga dalam keadaan baik. Selain daripada rasa gembiran, saya juga berterima kasih dan bersyukur dengan nikmat Allah ini,” katanya.

Baca juga: “Sebabkan ayah, aku dan mak asyik kena pindah rumah je, tinggalkan rumah sehelai sepinggang je bawa benda penting”