Episod akhir harini, satu Malaysia kecam Khuzairi, Shukri Yahaya. Bakal melabuhkan tirainya malam ini, watak Khuzairi lakonan Shukri Yahaya dalam drama kegilaan ramai, 7 Hari Mencintaiku 3 (7HMK3) ternyata mencetuskan kemarahan dan kebencian rakyat Malaysia.
Nama Khuzairi juga meledak dalam media sosial sejak beberapa hari lalu selain dihujani pelbagai kecaman daripada penonton drama popular tersebut.
Tidak hanya netizen dalam kalangan peminat kebanyakan, selebriti tanah air seperti Eyra Hazali dan penceramah terkenal iaitu Datuk Dr. Fadzilah Kamsah turut melontarkan rasa tidak puas hati dengan perilaku Khuzairi dalam drama berkenaan.
“Siapa budak nama Khuzairi Samad ini? Tok Abah rasa, dia kena masuk Program Motivasi Rumahtangga Tok Abahlah lepas ni.
“Tok Abah dengar kuasa Twitter ini hebat. Bantu cari budak nama Khuzairi, Tok Abah nak kuliahkan dia. Tok Abah syak dia tidak hadiri kursus kahwin,” ciapnya Fadzilah Kamsah berseloroh dalam Twitter.
Sementara, Eyra pula berseloroh agar Khuzairi berubah kepada watak Shukri agar tidak lagi dihujani kecaman.
“Sudahlah Khuzairi, jadi Shukri Yahya saja.
“Pasti satu Malaysia diam tak caci maki. Saya bagi cadangan saja,” guraunya menerusi satu ciapan Twitter.
Selain Fadzilah dan Eyra, Shukri ketika ini sememangnya menjadi tumpuan utama kebanyakan rakyat Malaysia yang menonton drama 7HMK3.
“Semoga Khuzairi kena rasuk dengan Badarawuhi (watak dalam filem KKN Di Desa Penari). Geram betullah aku,” luah seorang penonton.
“Dulu semua nak suami macam Khuzairi tetapi sekarang impian tersebut sudah hancur,” komen netizen.
Lebih lucu, wajah Shukri turut disunting dalam sebuah poster yang memaparkan watak Khuzairi ditolak ke dalam gaung kerana kebencian yang membuak-buak terhadapnya.
Difahamkan, kebencian terhadap watak Khuzairi tercetus selepas dia mengambil keputusan untuk menjadi ‘pak sanggup’ dan bernikah dengan Nurul (Wafariena) yang dikatakan hamil anak Pak Samad (Kazar) sehingga sanggup menengking isterinya sendiri iaitu Mia (Siti Saleha).
BACA:
MB Selangor umum RM1.5 Juta untuk 3,000 jemaah haji
Lelaki terpaksa bayar semula RM28,000, duit tiba-tiba masuk dalam akaun CIMB entah dari mana
Wan Fayhsal kempunan Pas tak beri laluan padanya bertanding di Bagan Serai