Emas RM74 billion ditemui dalam kapal karam

Oleh MHDAILY

Emas RM74 billion ditemui dalam kapal karam. Dua lagi bangkai kapal ditemukan di luar pantai Cartagena, Colombia yang dipercayai karam lebih 300 tahun lalu.

Ia dipercayai mempunyai emas bernilai AS$17 bilion (kira-kira RM74 bilion), lapor Newsweek.

Pihak berkuasa Colombia juga mengeluarkan rakaman baharu serpihan kapal berkenaan.

Presiden Ivan Duque berkongsi perkembangan mengenai penemuan imej baharu dan bangkai kapal berkenaan menerusi satu pengumuman yang disiarkan, Isnin lalu.

Rakaman itu diambil dalam empat misi pemerhatian dilakukan tentera laut Colombia, menggunakan kenderaan kawalan jauh yang dihantar jauh ke dasar laut.

Emas RM74 billion ditemui dalam kapal karam

Imej biru dan hijau menunjukkan syiling emas, tembikar dan cawan porselin bertaburan di dasar laut.

Imej itu memberi gambaran tentang harta karun kapal itu yang dianggap bernilai berbilion dolar.

Duque berkata, kerajaan berhasrat membangunkan mekanisme pembiayaan mampan untuk meneroka bangkai kapal berkenaan.

Katanya, Colombia berhasrat mencari kira-kira 12 lagi bangkai kapal bersejarah dengan teknologi sama.

BACA:

Menitik air mata Mira Filzah tengok bayi lelakinya kena sunat

JPJ beri amaran keras kepada pemilik nombor plat ‘fancy’, bakal dipenjara

Selepas desak pengeluaran KWSP, Asyraf akui ianya bukan cara tangani kos sara hidup