Assalamualaikum wbt. Perkenalkan nama aku Anita (bukan nama sebenar) berumur dalam lingkungan 40-an.
Sekarang ni, tengah panas mengenai cerita drama “Aku tanpa Cintamu” dan baru saja habis.
Sejujur nya, aku agak tr4uma untuk tengok cerita begitu kerana selama ini aku membesar dengan ayah yang lebih kurang berper4ngai begitu.
Bagi sesetengah orang, mungkin tak percaya ada orang yang sebegitu. Cuma Nuha ni bijak sikit sebab menuntut cerai sebelum terus hidup dalam pend3raan fizikaI dan mentaI.
Tapi aku ini, sebagai anak menjadi saksi ayah aku pukuI emak sejak dari aku kecil lagi. Pada zahirnya, aku nampak seperti sayang pada ayah. Demi Allah, aku cuba sayangkan ayah tapi memori ayah selalu pukuI emak, buat emak macam – macam ganggu em0si aku.
Ayah pula baru sahaja meninggaI dunia. Masa aku dengar berita kem4tian ayah, aku susah nak keluar air mata. Jiwa aku kosong. Aku menangis pun kerana terp4ksa. Berd0sakah aku sebagai anak untuk tidak bersedih atas kem4tian ayah?
Setiap masa aku cuba lupakan perbuatan ayah tapi memori sentiasa bermain di minda aku. Itu pun salah satu sebab kenapa aku lewat kahwin sebab aku takut tersalah pilih dan jadi m4ngsa baran serta eg0 lelaki. Cerita bermula dengan satu perg4duhan besar antara emak dan ayah.
Masa tu, aku berumur 6 tahun. Emak lari ke rumah nenek dan bersembunyi. Bawa aku bersama adik – adik yang lain. Ayah datang rumah nenek dan menjerit di depan rumah nenek memanggil emak. Emak tak nak keluar tapi ayah masuk rumah nenek dan tarik rambut emak heret keluar rumah.
Bayangkan, peristiwa ni aku ingat sampai aku usia 40 tahun sebab semuanya berlaku depan mata aku. Bila aku dah besar dan remaja, aku tanya emak semula sebab ayah berg4duh besar dengan emak dulu. Emak cakap sebab ayah cemburu mak bekerja dan ada kawan lelaki yang bekerja di pejabat.
Buat pengetahuan semua, emak ni penampilan sangatlah sederhana. Tidak suka berbual dan hanya buat kerjanya sahaja. Kawan lelaki yang ayah katakan tu, kami semua kenal. Ayah memang seorang yang cemburu buta. Kesian mak.
Ada ketika, mak pergi kerja awal pagi sebelum subuh dah keluar rumah kejar bas. Ayah masih berdengkur tidur, dan tak ada hati nak hantarkan mak ke perhentian bas. Beberapa tahun kemudian, kami berpindah sebab mak dah tak sanggup kejar bas awal pagi dan pulang ke rumah lewat petang.
Alhamdulillah kehidupan kami agak teratur sejak mak pindah tempat kerja. Aku fikirkan selepas berpindah ke tempat baru, ayah akan berubah. Rupa – rupanya m4kin menjadi – jadi per4ngai ayah. Ayah curang pada emak dan berkawan dengan ramai perempuan pula.
Di luar ayah seorang yang sangat aktif bersukan dan disenangi ramai orang kerana sikapnya yang ceria. Ya, pada orang lain ayah seorang yang menyeronokkan tetapi pada aku, yang duduk serumah ni sangat berbeza. Pernah ada ketika, ayah berg4duh dengan emak, ayah baIing benda taajam pada emak. Hampir terkena pada emak.
Aku jadi tertekan sebab emak masih nak hidup bersama ayah yang secara terang d3ra emak. Sem4kin meningkat usia ayah, ayah dah jarang buat pend3raan fizikaI pada emak sebab dah kurang tenaga nak pukuI tapi ayah guna cara pend3raan mentaI pula.
Emak ada peny4kit yang perIukan temujanji setiap bulan. Ayah paling susah nak bagi kerjasama untuk hantarkan mak ke hospitaI. Waktu tu, aku bekerja jauh dari rumah dan kadangkala terp4ksa ambil cuti untuk hantar mak temujanji ke hospitaI.
Permulaannya aku ok saja tapi lama kelamaan prestasi kerja jadi tak bagus sebab selalu cuti. Biasalah bekerja swasta, kpi kehadiran pun diambil kira dengan serius. Cuma pada aku, tak mengapa. Apalah salahnya berbakti pada emak sendiri.
Emak mungkin rasa rasa bersalah pada aku sebab selalu cuti dan mak pun kata ayah sengaja mengambil kesempatan atas aku supaya aku berhenti kerja dan jaga emak di rumah. Kata – kata mak memang betul dan aku jadi sem4kin tertekan kerana kesiankan mak tiada siapa mahu menghantarnya ke kIinik jika jatuh s4kit.
Ayah? Meny4kitkan hati saja. Pernah satu ketika, emak tidak larat ke bilik air kerana s4kit kaki. Kudrat perempuan mana larat papah jauh. Ayah ketika itu ada je di rumah dan betul – betul ada berdekatan kami. Ayah hanya senyum sinis dan gelak kan mak yang sedang s4kit.
Aku jadi geram dengan kelakuan ayah. Bila ayah m4kin berusia, m4kin menjadi – jadi per4ngai curang ayah. Ada w4rganegara asing sentiasa menghubungi ayah. Pernah terkant0i dengan emak sebab emak baca mesej di telefon ayah dan ada beberapa kali emak angkat telefon, suara perempuan seberang.
Ayah ada pencen sebab tu ada saja yang nak menempel pada ayah. Pernah sekali aku mesej perempuan tu dan bagi amaran untuk buat laporan polis atas gangguan pihak ketiga. Sunyi sekejap saja kemudian ada lagi. Ayah pula selalu bila malam akan curi – curi keluar ke kereta dan bergayut.
Pernah juga ayah memerli emak dan mengejek emak sudah tua, gigi sudah luruh dan nampak seperti nenek kebayan. Kadang – kadang aku dah malas nak hadap semua ni. Aku nak lari je dari rumah. Aku dapat rasakan, mengapa ada sesetengah anak – anak lari dari rumah.
Disebabkan per4ngai begini la. Ada emak, hati baik sangat tak mahu cerai. Ada ayah, ambik kesempatan atas kebisuan emak. Alhamdulillah aku bertemu jodoh jua dan sudah berkahwin. Maka aku berpindah ikut suami. Kurang sikit bebanan dalam hati.
Tapi jadi lain pula apabila suami sentiasa mempersoalkan per4ngai ayah yang kurang bertanggungjawab pada emak. Ini disebabkan bapa mertua aku seorang yang sangat menjaga kebajikan keluarga. Jadi, agak pelik pada suami aku bila lihatkan per4ngai ayah sebegitu.
Aku mengambil pendekatan untuk berkata kepada suami supaya jangan persoalkan. Aku dah muak hadap per4ngai ayah. Sehingga beberapa bulan sebelum ayah meninggaI, emak dan ayah masih berg4duh. Aku ni pelik juga.
Emak dan ayah berkahwin atas dasar suka sama suka tapi kenapa mesti terlalu banyak pend3raan fizikaI dan em0si dalam perkahwinan mereka. Jangan fikir kesannya pada pasangan sahaja. Anak – anak pun akan turut terkesan dan contohnya seperti aku.
Astaghfirullahalaziim sehingga ayah meninggaI sekali pun, aku rasa mudah untuk redha kerana aku puas bila melihat emak sudah bebas dari pend3raan em0si yang berpanjangan. Rasa aku ni seperti anak derh4ka pula berkata begitu tapi inilah apa yang aku rasa dan pendam selama ni.
Di luar, aku nampak tenang dan ceria. Tapi, kisah duka emak dan keluarga kami agak sukar untuk aku lupakan. Maafkan ayah InsyaAllah tapi melupakan, mungkin sukar. Aku mohon maaf juga pada kalian sekiranya ada yang tersinggung dengan penulisan aku.
Aku cuma ingin meluahkan rasa sebagai seorang anak yang mend3rita mempunyai seorang bapa yang panas baran, eg0 dan kuat cemburu. Pada ayah dan ibu di luar sana, keputusan untuk harmoni kan rumahtangga bukan hanya untuk jaga em0si pasangan tetapi anak – anak juga. Untuk Ayah, al-fatihah. Sekian. – Anita (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Nadhirah Subhan : Sebab tu lah jangan stay in t0xic relationship sebab anak. Anak – anak ni memerhati dan faham je kalau choose untuk berpisah. It’s okay. Bahagiakan diri sendiri dulu, hidup ni lama lagi nak hadap. Kalau ada pasangan macam ayah tt ni tolonglah jangan stay.
Mas Abadi : Semasa umur remaja, saya pernah bencikan arw4h ayah sampai doakan dia m4ti. Semua sebab per4ngainya yang beri impak negatif pada kehidupan emak dan kami anak – anak. Tapi alhamdulillah, di usia tua ayah mula berubah dan kami semua mampu maafkan segala perbuatannya yang dulu. Al fatihah untuk ibu ayah kita yang telah mendahului kita.
Fazz Ismail : Sebab tu perkara pertama yang perlu ada untuk berumahtangga adalah ilmu. Ilmu tentang islam, ilmu keibubapaan. Sebab bila takde ilmu la, jadi sebaliknya tak seperti yang diharapkan.
Lagi satu, memang kebanyakan wanita, mengalah dalam banyak perkara (bagi dia itu pilihan paling baik), tapi mereka lupa kepada pembentukan minda, em0si dan environment anak – anak.
Sebab ingatan pada usia kanak – kanak adalah ingatan yang segar. Memori yang lama dan akan dikenang jadi sebagai ibubapa. Ciptalah suasana dan memori yang indah supaya anak – anak membesar dengan fizikaI dan em0si yang sihat.
Tiada tr4uma atau d3ndam kepada orang tua sendiri. Sekarang ni sis berhak memilih. Pilihla yang memberi kebaikan kepada diri, dunia dan akhir4t. Semoga jodoh yang ada ini, yang terbaik buat sis.