Tujuan luahan saya ni bukanlah nak cerita pasal masalah rumahtangga saya. Alhamdulillah sepanajng 40 tahun, takde masalah seperti banyak yang saya baca dalam luahan media sosiaI
Sebenarnya saya benci dengan sikap kaum wanita sendiri, boleh rangkumkan memang tak makan nasihat buka mata,
Buta hati dengan per4ngai buruk suami tapi sayangkan suami memb4bi buta (maaf). Maaf cakaplah ye.
Contoh paling dekat adik saya sendiri, Emy namanya kami sekeluarga dah nasihatkan, kalau dah terbukti suami mengani4ya dirinya, lebih baik bercerai, jangan biarkan diri jadi m4ngsa kaki tangan suami.
Saya nasihatkan adik, emak ayah kita tak pernah naik tangan dekat kita macam ini, tapi kau boleh diam bila suami buat kau.
Puncanya bila tak dapat duit. Dahlah tak bekerja tetap, boleh minta isteri bagi duit setiap minggu. Apa punya per4ngai suami macam tu. Bila tak dapat duit ugvt nak cerai,
kena balun lagi dan paling s4kit hati tuduh adik ada jantan lain, sebab tu balik kerja lewat konon kerja lebih masa, tapi bercanda dengan jantan lain.
Saya dengar pun s4kit hati, sedangkan adik kerja lebih masa nak bagi dia duit, kerana terp4ksa tanggung makan minum keluarga. Emak dan kami adik beradik sedia terima Emy dan 2 anaknya kalau dia bercerai. Tapi kata Emy nanti suaminya akan berubah. Tapi bila berubah?
Sementara tunggu berubah, badan dah lebam terkulai patah riuk, apa kau sanggup tunggu lagi? Lama kelamaan kerana degilnya kami tak mahu nasihat lagi, ikut pandai kau lah. Apa yang meny4kitkan hati kami, bila tak cukup duit datang rumah emak minta pinjam duit, bukan seratus dua, tapi mencecah lima ratus dan seribu ringgit, masalahnya macam mana nak bayar, hutang lama pun dah bertimbun.
Emak kerana kesiankan anak, tetap bagi, walaupun emak sendiri tak berduit, emak tak bekerja, ayah dah meninggaI, bukan ada pencen, jadi tentu emak minta kami tolong Emy, ini yang membuatkan kami s4kit hati pada suami Emy sebab p4ksa adik pinjam duit pada emak.
Lepas tu siap pesan pada emak jangan beritahu pada adik beradik lain. Memang emak ikut rahsiakan, tetapi bila kami desak emak terp4ksa beri tahu. Sebab setiap bulan saya dan 3 adik beradik lain memang bagi emak duit untuk kegunaan keperluan peribadi, beli barang makan walaupun tak banyak.
Tetapi emak sering minta tambah dengan pelbagai alasan. Kami tahu ini mungkin kerana Emy minta bantuan duit dari emak. Bila simpanan emak dah habis, adik minta pinjam gelang, rantai lehir emak, janji adik akan t3bus gelang bila dia ada duit nanti, masalahya sampai bila adik nak ada duit, sebab suaminya p4ksa dia bagi duit setiap bulan. Itu yang membuat kami selalu marahkan Emy.
Tapi Emy ni memang pandai bagi alasan, katanya, waktu susahlah dia patut bantu suami, lainlah macam kami suami ada kerja tetap. Memang kami tak nafikan, masalahnya suami Emy tak pernah ada kerja tetap, suka pilih kerja, semua kerja tak sesuai dengannya. Minatnya nak buat bisnes tetapi tanpa kebolehan tentu tak menjadi.
Pada kami semuanya berpunca dari Emy, terlalu percayakan cakap suami, dia tak suka bekerja tapi nak buat bisnes, Emy dip4ksa bantu. Pada kami bisnes pertamanya nak buat trading kongsi dengan kawan, lepas 2 tahun bisnes tutup, kata tak jalan.
Begitu juga nak buat bisnes tender buat jalanlah, paritlah, semua kita dengar, tetapi kerana dia sendiri tak pandai tak berilmu, tentu kena kelentong, akhirnya bisnes lingkup.
Tapi kawan kongsinya yang berjaya. Lepas 3 kali buat bisnes lingkup, kami suruh adik pujuk suaminya cari kerja yang dia mampu buat, macam kerjanya dulu.
Tetapi gagal, sebab bila badan dah berumur orang tak mahu terima dia lagi. Tetapi hobi jumpa kawan setiap malam tak mahu berhenti, bila dah berjumpa, minum minum walaupun dekat gerai, perIukan duit juga, jadi adiklah tempat dia minta tolong.
Bila tak dapat duit mulalah berg4duh, kaki tangan pun naik. Adik beritahu dia terp4ksa bayar duit pinjam bank, nak bayar sewa rumah lagi, upah orang jaga anak, susu dan lampin anak juga makan minum keluarga, mana nak cukup dengan gajinya.
Walaupun dia ada kerja yang bagus. Kerana tak cukup duit gaji inilah Emy mula pinjam duit emak. Sebenarnya sejak kahwin kehidupan Emy memang tak harmoni. Kalau kita kata perkahwinan tak setaraf tak sekufu nanti orang kata kita memilih suami.
Tapi mungkin kerana jodoh mereka kuat dan adik memang tak memilih calon suami, mereka pun kahwin. Masalahnya suami Emy, Kash tak boleh sesuaikan dirinya,
dia tak suka dengan semua rakan sekerja Emy, mungkin dia rasa rendah diri, tapi Emy tak kisah, namun berharap suaminya akan berubah kalau berusaha.
MaIangnya tidak, Kash suka menyendiri, mengasingkan diri dan membenci semua orang yang didakwanya sombong. Kecuali rakan – rakan seangkatannya. Oleh kerana kerja pun tak berapa menonjol maka Kash terus berusaha cari kerja lain.
Lepas satu, satu dia berusaha mencari kerja yang lebih baik, maIangnya orang pun nak tengok kelayakan kita. Maka pencarian kerja Kash berakhir dengan kegagalan demi kegagalan. Sejak itu dia berusaha nak jadi bisnesman, cita citanya tinggi nak jadi bisnesman berjaya.
Tetapi kalau tak ada kemahiran asas semua yang dicuba tentu akan gagal juga akhirnya. Itu belum kes kena tipu dengan rakan kongsi. Yang cari duit pastilah Emy. Emy sanggup pinjam bank untuk Kash tapi gagal. Bila hutang dah banyak anak pun bertambah tentu perbelanjaan tambah ketat.
Masalahnya Kash tak ada kerja tetap. Emy tak mampu sara famili seorang diri. Akhirnya hutang meningkat, emak pun tak mampu nak tolong.
Sebenarnya kami dah setuju padamkan hutang Emy dengan emak jika mereka bercerai, sebab kami tak sanggup dengar cerita Emy dipukuI, hingga terp4ksa cuti kerja sebab malu kerana muka bengk4k dan sebagainya.
Kami bukan menghasut Emy suruh bercerai, tetapi kalau Emy boleh bertahan dan mengharap suaminya Kash boleh berubah dia tunggulah. Tapi kami tak mahu lagi dengar tangisan dan rayuannya pada emak. Sebab emak dah tua, kami tak mahu fikiran emak terganggu .
Kami juga tak mahu kehidupan anak – anak Emy tertekan. Dan lebih penting kami tak mahu hidup Emy terus mend3rita dengan per4ngai buruk suaminya.
Namun itu semua terpulang kepada Emy membuat keputusan. Lagi satu kami tak takut dia terus tinggal dengan suaminya yang per4ngainya amat cemburu.
Sebab kami dengar dan baca banyak berita akhir – akhir ini cemburu boleh membawa banyak masalah dan berakhir dengan tragedi. Namun kami mengharapkan Emy tahu yang dia lakukan dan dan tahu cara untuk mempert4hankan diri.
Saya terlalu ambil berat pasal Emy sebab saya tak mahu nasibnya jadi seperti rakan sekerja saya walaupun bukan sepejabat, tetapi satu
bangunan yang kami tahu dia jadi m4ngsa suami yang teruk hingga terlantar di hospitaI, kemudian dia diceraikan, anak – anak terp4ksa dijaga oleh ibunya di kampung.
Sebenarnya saya tak faham mengapa suami sanggup pukuI isteri jika tak dapat apa yang dikehendakinya, terutama duit. Saya perhatikan budaya zaman sekarang sudah terbalik, jika dulu suami tanggung nafkah keluarga, tetapi sekarang suami p4ksa isteri ambil alih tugas tersebut.
Apakah ibu apa tak didik anak – anak lelaki mereka bertanggungjawab. Atau ibu bapa sendiri sudah gagal didik anak – anak, kerana dari kecil terlalu dimanjakan akhirnya si anak menyusahkan hidup isterinya dan anak – anaknya sendiri.
Bagaimana pun seperti awal cerita saya di atas tadi, kesalahan tetap terletak di bahu kaum wanita, mereka tidak pandai urus hidupnya sendiri, terlalu sayang suami, akhirnya hidupnya tersiksa.
Sebagai wanita dia mesti sayangkan dirinya sendiri. Jika dia pandai menilai, menghargai dan sayangkan dirinya, maka orang lain akan lebih menghargainya.