Elyana jarang kongsi berkaitan dirinya di media sosial ini puncanya

Oleh SURIANI HAMDAN

Penyanyi Elyana, atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 38, mengakui jarang berkongsi mengenai tahap kesihatannya dengan pengikut media sosial.

Baginya, ini adalah langkah terbaik untuk mengelakkan sebarang salah faham.

Sebagai seorang yang pernah menghidap kanser, Elyana menyedari bahawa tidak semua orang mampu memahami apa yang dilalui olehnya.

“Pada mulanya, saya memang ingin berkongsi dan mendapat semangat dari orang lain, tetapi mungkin ketika itu saya terlalu banyak berkongsi.

Bagi mereka yang tidak mengalami kanser, mereka mungkin sukar untuk faham,

Elyana jarang kongsi berkaitan dirinya di media sosial ini puncanya

Dan ia boleh memberi impak negatif jika saya bercerita terlalu banyak,” katanya ketika dihubungi mStar.

Walaupun sudah disahkan bebas kanser sejak Disember 2021, Elyana masih menjalani rawatan kimoterapi. Dia menjelaskan bahawa doktor mencadangkan rawatan susulan ini untuk mengelak sel kanser daripada kembali merebak dan menyebabkan komplikasi lain.

“Kanser ini boleh datang semula pada bila-bila masa. Jadi, kimoterapi ini adalah langkah pencegahan,” ujarnya.

Elyana pertama kali mendedahkan dia menghidap kanser limfoma ketika menjadi peserta program Gegar Vaganza musim keempat (GV4) pada 2017. Meskipun sudah lama tidak muncul dalam mana-mana program televisyen, Elyana masih aktif dalam dunia seni.

Dia baru-baru ini melancarkan lagu baharu berjudul Bungkam, yang mula dimuat naik di saluran YouTube miliknya pada penghujung November tahun lalu. “Lagu ini saya rakam empat tahun lalu. Pada waktu itu, masa tidak sesuai untuk dilancarkan, jadi saya simpan dulu.

Kini saya rasa ini adalah masa yang tepat untuk meluahkan perasaan melalui lagu ini,” kata Elyana yang turut menyatakan bahawa lagu tersebut merupakan ciptaannya bersama Natasya.

Lagu Bungkam ini juga menjadi cara Elyana untuk menyapa kembali peminat yang merindui karya terbaharu darinya.

BACA: Polis dedah punca sebenar lori minyak sawit tiba-tiba terbabas ramai tak perasan

Leave a Comment