Elon Musk didakwa tayang ‘anu’ kepada pramugari

Oleh MHDAILY

Elon Musk didakwa tayang ‘anu’ kepada pramugari.Bilionair, Elon Musk didakwa melakukan serangan seksual terhadap seorang pramugari SpaceX semasa menaiki jet peribadi ke London.

SpaceX didakwa membayar AS$250,000 (RM1.1 juta) pada 2018 untuk menyelesaikan kes tersebut selepas pramugari itu membuat aduan kepada Jabatan Sumber Manusia.

Wanita itu difahamkan menandatangani perjanjian untuk tidak mendakwa atau mendedahkan maklumat tentang Musk atau perniagaannya.

Rakan pramugari itu mendedahkan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla didakwa menayangkan kemaluannya semasa diurut wanita itu, 2016.

Musk menawarkan kepada wanita itu untuk membeli seekor kuda ‘jika dia dapat lakukan lebih banyak lagi’.

Elon Musk didakwa tayang 'anu' kepada pramugari

“Dia menyentuh paha kawan saya dan cuba merasuah untuk melakukan serangan seksual.

“Namun, kawan saya menolak ajakan tersebut dan menyebabkan waktu bekerjanya dikurangkan sebagai bentuk hukuman,” katanya kepada Business Insider.

Susulan kontroversi tersebut, Musk tampil menjawab dakwaan itu yang disifatkan sebagai ‘bermotif politik’.

“Sekiranya saya cenderung untuk terlibat dengan gangguan seksual, ini tidak mungkin adalah kejadian kali pertama sepanjang kerjaya saya selama 30 tahun,” katanya.

BACA:

Airport Singapura tawar 6,000 tawaran pekerjaan, bayar dalam dollar Singapura!

Episod akhir harini, satu Malaysia kecam Khuzairi, Shukri Yahaya

Syarikat ternak ayam berkait dengan kartel ‘tutup kedai’, boikot kerajaan secara halus