Elok-elok dah dalam keranda, wanita mati tiba-tiba hidup balik! Ini kalau ada yang lemah jantung, naya!

Oleh MHDAILY

Elok-elok dah dalam keranda, wanita mati tiba-tiba hidup balik! Ini kalau ada yang lemah jantung, naya!

SEORANG wanita mati ‘bangkit semula’ dalam perjalanan untuk pengebumiannya.

Chataporn Sriphonla, 49, dikatakan meninggal dunia ketika dia dibawa pulang dari hospital di wilayah Udon Thani di Thailand pada 29 Jun.

Elok-elok dah dalam keranda, wanita mati tiba-tiba hidup balik! Ini kalau ada yang lemah jantung, naya!

Paramedik percaya bahawa Chatapporn tidak lagi bernyawa dan kelihatan telah meninggal dunia.

Ibunya, Mali kemudian menghubungi saudara-mara bagi memaklumkan mengenai kematiannya.

Mereka fikir pemergian tersebut berpunca daripada penyakit kanser hati yang dihidapi anaknya.

Chaaporn tersedar ketika dalam perjalanan untuk pengebumiannya. -Gambar ViralPress

Mali berkata: “Anak perempuan saya sedang dirawat kerana kanser di hospital, tetapi doktor memberitahu dia mempunyai harapan tipis untuk hidup.

Van yang membawa jasad Chaaporn dibawa ke kuil untuk disimpan semalaman.

Bagaimanapun, mereka yang menaiki van tersebut terkejut apabila Chatapporn secara tiba-tiba tersedar dan membuka matanya.

Walaupun hairan anak perempuannya ‘bangkit semula’, Mali sekali lagi menghubungi keluarganya dan kali ini sangat gembira kerana berkongsi berita baik.

Chataporn kemudian dikejarkan ke hospital dan berada di bawah pengawasan perubatan, sambil ditemani anak perempuannya.

BACA:

Pecah tembelang, pengurus bank terkemuka curi RM6 juta duit pelanggan terbongkar