“Elizad, saya baru balik dari Haji ni. Insyallah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi”, Tunku Permaisuri usap perut Elizad undang perhatian netizen

Oleh MHDAILY

“Elizad, saya baru balik dari Haji ni. Insyallah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi”, Tunku Permaisuri usap perut Elizad undang perhatian netizen

Pelakon, Siti Elizad dilihat membuat perkongsian di media sosial mengenai tindakan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah ketika bertemu dalam salah satu acara di ibu kota.

Menurut Siti Elizad, Tunku Permaisuri yang baru sahaja kembali ke tanah air setelah menunaikan ibadah Haji di Tanah Suci Mekah itu

"Elizad, saya baru balik dari Haji ni. Insyallah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi", Tunku Permaisuri usap perut Elizad undang perhatian netizen

Baginda telah mengusap perutnya dan mendoakan agar penyampai radio ini bakal dikurniakan cahaya mata kelak.

“Tunku Permaisuri : Elizad, saya baru balik dari Haji ni (sambil usap perut kita). InsyaAllah ada rezekinya nanti, ikhtiar lagi.

Terima Kasih Raja Permairusi Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah atas keprihatinan dan doa indah dari Tuanku yang tak henti-henti dari dulu lagi.”-kongsi Elizad di Instagram

Dibanjiri Doa Rakan Selebriti & Peminat
Perkongsian Elizad turut dibanjiri dengan komen netizen serta rakan selebriti seperti Janna Nick, Shima Anuar, Kaka Azraff, dan ramai lagi yang menitipkan doa buat Elizad agar dikurniakan cahaya mata.

“Aminn. InsyaAllah ada rezeki nanti.”-Kaka Azraff

“InsyaAllah ada rezeki nanti, Aaminn.”-Shima Anuar

“Saya doakan kak Elizad dikurniakan zuriat aaminn. Semoga kak dipermudah urusan.”

“InsyaAllah our prayer goes to you. Semoga Allah kurniakan zuriat buat you and your hubby.”

“Semoga Allah kurniakan zuriat untuk kak. Aaamin.”

BACA: “Sebanyak RM300,000 simpanan saya selama 5 tahun habis main judi sampai tahap pinjam Ah Long”