Adik kepada pelakon Fasha Sandha, Elisya Sandha sekali lagi menjadi tumpuan warga maya
gara-gara mengenakan baju sendat ketika mempromosikan produk makanan tambahan di Instagram.
Dalam satu hantaran di Instagram, Elisya dilihat memakai dress merah sambil menunjukkan tubuh badannya yang langsing setelah mengamalkan produk berkenaan.
Finally, lain betul kan. Alhamdulillah XS pun dah boleh pakai!
Namun, ruangan komen hantaran tersebut dipenuhi komen-komen kecaman warga maya yang tampil menegur pelakon ini kerana terlalu seksi apatah lagi statusnya yang kini bergelar isteri dan ibu kepada seorang cahaya mata.
Lihat siaran ini di Instagram
Sis dah jadi mak mak ni seeloknya janganlah seksi sangat.
Kesian suami dia..Tubuh badan isteri jadi tontonan.
Adik beradik berlumba-lumba nak tayang body. Kurus dunia nak bawak kemana kak.
Terdahulu, menantu kepada pengarah dan pelakon terkenal Sheila Rusly dan Jinggo ini pernah dikecam isu yang sama kerana berpakaian menjolok mata.