Kehamilan merupakan satu pengalaman yang sangat indah. Pada waktu ini, ibu mengandung pasti akan melakukan pelbagai perubahan terutamanya dari segi diet makanan demi anak yang tercinta.
Selain itu, ibu – ibu hamil pastinya akan mengalami kekusaman di wajah seiring dengan tumbesaran bayi di dalam perut.
Pernahkah anda terfikir untuk menukar ‘skincare’ semasa mengandung?
Jika tidak, sudah tiba masanya untuk anda membuat pemeriksaan bahan kandungan yang ada pada produk itu.
Ibu hamil juga harus mengelakkan dua bahan ini yang ada pada produk harian anda.
1. Retinoid dan yang berkait dengannya
Bahan ni berasal daripada vitamin A. Produk yamg ada isotretinoin ( selalu digunakan untuk rawat jerawat ) boleh sebabkan kecacatan janin. Walaupun kadar penyerapan isotretinoin sikit sahaja melalui kulit berbanding dengan produk yang dimakan. Elakkan kedua-duanya
-Prescription Retinoids ( memerlukan preskripsi Dr ) : Adapalene & tretinoin – biasa guna dalam rawatan jerawat.
-Non-Prescription retinoids ( tak perlu preskripsi Dr): Retinol, retinaldehyde, retinyl palmitate-banyak terkandung dalam krim antipenuaan, krim cegah kedut atau krim malam. Wanita yang menggunakan derivatif Vitamin A ini harus menggunakan kontraseptif yang betul untuk mencegah kehamilan semasa mereka menjalani rawatan. Ini adalah WAJIB!
2. Salicylic acid
Ini adalah bahan yang mampu tembus liang-liang pori banyak terdapat dalam pencuci muka, serum, pelembab, sunscreen.
Penggunaan terlampau banyak untuk tempoh jangka masa yang lama boleh sebabkan keracunan salicylate. Tak ada kajian mengenai penggunaan salicylic in pregnancy setakat ini.
Anda digalakkan untuk mengelak daripada menggunakan dua bahan di atas melainkan produk tu dah tulis siap-siap, penggunaanya selamat untuk orang mengandung.