Elak beri jenis makanan ini kepada anak anda, merana bila besar nanti. Setiap makanan atau minuman ada lebal yang dilengakapi dengan jenama, tanda, bahan bergambar atau perkara lain yang tertulis pada bungkusan .Walaupun nampak seperti hiasan pembungkus, namun mampu membantu anda dalam membuat pilihan pemakanan yang bijak sekiranya anda mengetahui cara menggunakan maklumat yang tertera.
Jadi sebelum ingin memberikan sesuatu makanan atau minuman kepada anak-anak, lebih baik kaji dan baca terlebih dahulu.
8 JENIS RAMUAN DALAM MAKANAN YANG PERLU DIKAWAL DARIPADA ANAK-ANAK
Kita takkan dapat jauhkan anak dengan makanan proses 100 peratus. Yang kita boleh buat, hanya kawal apa yang dalam kawalan kita.
Kawal apa anak makan di rumah dalam seliaan kita.
Kawal apa yang kita beli untuk anak makan.
Kawal apa yang kita bawa ke rumah pengasuh.
Kawal apa yang kita masuk dalam bekal sekolah anak.
8 jenis bahan ramuan dalam makanan, yang kita kena kawal dari anak-anak, semampu yang kita boleh.
1. Pewarna makanan
Pewarna dan perisa tiruan.
Pewarna makanan tiruan ada kesan reaksi alergik agak tinggi, boleh beri kesan hyperaktif pada anak, tingkatkan keradangan dalam badan.
Aiskrim pun ada perisa dan pewarna tiruan. Gula pun macam-macam jenis.
2. Perasa tiruan
Kiub bilis bukan untuk anak-anak. Kisar sahaja bilis sendiri kat rumah, 1 bahan sahaja serbuk bilis bukan sendiri.
90 peratus makanan proses, pasti ada perasa tiruan. Pemberi rasa makanan yang palsu sebenarnya.
3. High fruktose corn syrup
Vitamin water tapi ada high fructose corn syrup. Perisa dan pewarna tiruan. Tak sesuai untuk anak-anak.
Air kotak dan cereal, selalu ada yang ini. Gula murah yang guna sikit je dah beri rasa sangat manis, tapi beri kesan tinggi radang buat tubuh badan anak.
Air kotak elakkan dari anak-anak ya, air jus tiruan sebenarnya.
4. Sucralose
Air susu berwarna, elakkan dari anak-anak. Strawberry, pisang, macam-macam lagi. Banyaknya ada guna perisa dan pewarna tiruan.
Pemanis tiruan yang katanya sugar free. Tak sesuai untuk anak.
5. Minyak bijian dan sayuran
Makanan anak 6 bulan, dah terlalu banyak bahan sampai penat nak baca.
Antaranya minyak soya, minyak sunflower, minyak canola, minyak yang mudah teroksida, tingkat kesan radang dalam badan anak.
6. MSG
MSG dan perisa tiruan banyak dalam ini.
Penaik rasa tiruan, pemberi rasa sedap pada makanan. Kicap pun ada kan. Boleh ganggu hormon dan sistem neuron anak.
Kicap pesaran jenama apa pun, memang banyak ada MSG.
7. Nitrate/nitrate
Jejari ketam, MSG, perasa dan pewarna tiruan.
Aditif makanan untuk kekalkan rasa dan warna makanan, dalam frozen food biasanya akan ada. Kita cuba elakkan nugget, burger, sosej pasaran dari anak ya.
8. Vitamin tambahan
Cereal yang banyak tambahan vitamin. Anak makan pagi telur rebus sahaja dan padat nutrisi.
Sungguh banyak vitamin tambahan ditambah dalam makanan anak. Hati akan tengok sesetengah vitamin ini sebagai toksik. Dalam realfood, tak perlu tambahan vitamin langsung kan, sebab dah ada vitamin dan mineral yang tinggi untuk anak-anak, ini yang kita kena cari tau.
Kita cuba sama-sama ya. Susah nak buat sebenarnya kan, kita usaha semampu yang boleh. Tak dapat buat semua, tak bermakna kita kena tinggal semua kan.