Seorang bapa berkongsikan manfaat membelikan sebuah kereta Perodua Axia Rahmah kepada anak yang melanjutkan pengajian tinggi di universiti atau kolej.
Beliau berpendapat membelikan motor untuk anak remaja terutamanya lelaki lebih banyak mudarat dan risiko untuk mereka ‘pergi dulu’ adalah tinggi.
Ikuti pendapat Azril Nazli Alias ini yang telah meraih lebih 3,300 tanda ‘like’ di Facebook:
Axia Rahmah (jika anak mintak motor)
Anak minta motor? Jangan layankan, invest lebih sedikit belikan Axia (jika berjaya masuk universiti)
Jika tak minat belajar nak kerja lepas SPM, itu terpulang kepada dia.
Jadi, topik ini lebih kepada:
maksimumkan keselamatan anak sewaktu menimba ilmu.
kurangkan gangguan tidak fokus belajar sewaktu di kolej/universiti.
target golongan M40 dan ke atas sahaja.
Jom ikuti kisah saya, dalam keluarga saya:
sepupu ‘pergi dulu’ (meninggal dunia) sebab motor (1st year diploma)
anak saudara ‘pergi dulu’ sebab motor (1st year degree).
** Sepupu pergi tahun 1994, rindunya sampai ke hari ini…
Jadi, apa kata kita ubah mindset sebagai ibu bapa untuk maksimumkan keselamatan anak kita, jika ada kemampuan.
Peratusan untuk anak lelaki tidak fokus belajar sangat tinggi setelah dibelikan motor, sebabnya?
pengaruh rakan sebaya
pengaruh modifikasi di TikTok
Pemikiran zaman remaja ini, dia akan maksiumkan benda yang pada dia seronok, jadi modify motor itu akan jadi keutamaan dia, bukannya belajar.
Sepatutnya, waktu cuti hujung minggu pecah kepala nak fahamkan formula Kalkulus.
Jika ada motor, dia akan leka, apa nak modify kat motor.
Kalau dah kerja tu tak mengapa, ini masih belajar.
Baik, sambung cerita…
Pada zaman remaja ni, adatlah mereka nak keseronokan dan validation.
Yang paling bahaya ialah nak validation selepas terpengaruh video mat rempit di TikTok.
Dia pun nak merasa jadi Superman.
Saya tiap-tiap minggu ulang alik JB – KL dan dijamin oleh ‘Lever Brothers’, akan jumpa budak U ni layan race longgok.
Mat rempit tu dah tak dapat diselamatkan dan boleh agak dari segi pakaian dan modifikasi.
Tapi yang student U ini ikut longgok, ini yang menyedihkan.
Jika letak 1,000 budak U lelaki dan diberikan motor, rasa-rasa berapa peratus yang ingat tugas hakiki dia adalah belajar?
Jadi, baik halang dari awal, sebab pentingnya habis belajar dan maksimumkan peluang dapat kerja dulu.
Lepas itu nak main motor pun, tunggu pakai duit gaji dia.
Tapi sebagai ibu bapa, cuba labur belikan kereta saja, dan kereta ‘budget basic’ macam Axia Rahmah.
Kenapa?
1. Manual 5 speed
2. Lebih selamat berbanding motor
3. Modify pun tak guna, bukan laju pun
4. Mereka tiada duit nak modify sebab aftermarket barang kereta ini mahal.
Jadi, nafsu nak modify itu akan hilang, dan mereka akan kembali ke tujuan hakiki, fokus belajar di universiti.
Baik lelaki atau perempuan, jangan manjakan dengan beli kereta automatik, pandailah mereka pandu manual.
Jadi, apa bagusnya transmisi manual?
1. Tak boleh main telefon sewaktu memandu
2. Mata, tangan dan kaki jadi fokus sebab pandu jentera manual perlukan extra effort.
3. Mereka akan belajar hand eye coordination (over the time)
4. Mereka akan belajar sendiri double clutch
5. Mereka akan belajar sendiri blip sebelum drop gear
6. Mereka akan belajar imbang kereta di kawasan berbukit
7. Tiada ABS, jadi dia akan belajar brek awal atau elak lock brake
8. Takut nak bawa laju sebab apa pun tiada.
9. Kawan nak pinjam, sekali rupanya manual mt!
Lama-lama skill ini akan menjadikan mereka pemandu yang mahir.
Jadi, belajar di universiti dapat ilmu, bawa Axia Rahmah pun dapat ilmu memandu yang tiada siapa boleh ajar melainkan daripada pengalaman sendiri.
Katakan,
Y15 ~ RM15,000 lah katakan.
Selalunya, motor ini akan dimodifikasi dan adik dia tak boleh dah nak guna.
Axia ~ RM22,000… Tambah sikit Saja, Axia yang sama boleh turunkan kepada adik-adik dia yang nak sambung belajar di universiti. Katakan ada 3-4 beradik, dah jimat beli 1 kereta saja)
Pilihan lain:
Savvy 5mt
KE70 fully restore 4mt
SAGA 1.3 5mt
Kancil 5mt
Civic Telur 1979 5mt
Mazda 323 1982 5mt
Saya sendiri layan TZ-M lepas dapat kerja, sekali kos nak ubahsuai macam Maju Motor Circuit Edition macam beli RX-8 rupanya.
Baik,
Skop cadangan ini ialah untuk maksimumkan keselamatan anak dan kurangkan pengaruh modifikasi melibatkan motor.
Kemudian kita nak dia sedar, tugas dia cuma belajar sahaja, bukan main-main zaman di universiti. Nak maksimumkan CGPA.
Jadilah insan yang mampu berfikir dan pandai cari peluang kerja, bukan duduk rumah kerja cari dia pula.
Yang naik motor ini ibarat timun, kita tunggang dah betul, tapi risiko dari pemandu lain?
Bila bercerita bab keselamatan, kenalah belanja lebih sedikit.
Kurang sikit bab:
1. Race longgok hujung minggu (pra mat rempit)
2. Risiko balik kampung
Kalau betul nak main motor, tunggu dah dapat kerja, dah ada gaji.
Kereta itu boleh wariskan kepada adik-adiknya pula yang nak masuk universiti.
Tambahan:
1. Isu pakwe/makwe zaman universiti ini, asasnya didikan dari rumahlah ye. Kalau mak/pak ajar dengan betul, Insya Allah benda ni boleh elakkan.
2. Isu kawan sama jantina tumpang? Apa salahnya, skill create network, masa kerja nanti akan guna skill yang sama.
3. Baik beli motor sebab nak jimat? Yang ini saya tak boleh nak counterlah ye, sebab tu saya letak ayat “jika berkemampuan”.
Jom berlapang dada dan bincang.
Skop ni lebih kepada keluarga M40 dan ke atas yang anak dia berkeras nak motor.
(Saya teringat minta motor dengan abah nak RX-S sebab ada klac masa sekolah menengah, sudahnya tetap naik bas pergi sekolah. Abah tak kasi… hahaha)