Ejen terpaksa buang produk tak laku selepas kena tipu dengan founder terkenal

Oleh MHDAILY

Ejen terpaksa buang produk tak laku selepas kena tipu dengan founder terkenal. Kekuatan sesuatu perniagaan lebih-lebih produk kecantikan sangatlah bergantung pada stokis dan ejen. Semakin banyak hasil jualan dibuat, semakin cerahlah perniagaan itu dapat terus hidup dalam pasaran.

Baru-baru ini seorang team leader suatu produk kecantikan memuat naik rakaman video di mana dia memunggah keluar daripada kereta dan membuang ribuan sacet minuman ke dalam tong sampah besar.

Menurutnya, insiden itu berlaku apabila founder mula menjual produk tersebut kepada pemborong sehingga menyukarkan dirinya membuat jualan. Lelaki itu menyatakan dia perlu ambil masa satu tahun untuk menghabiskan 10,000 kotak.

@fareedrashidl Founder bukan boleh caya pun #fypシ ♬ original sound – rhianne

Bagaimanapun masih ada 2,000 kotak lagi yang masih belum terjual dan dia terpaksa membuangnya kerana tarikh luput sudah hampir.

Ejen terpaksa buang produk tak laku selepas kena tipu dengan founder terkenal

Rata-rata netizen bersimpati dengan ejen tersebut dan berharap dia dapat tabah dengan ujian perniagaan tersebut dan berpesan agar dia dapat berhati-hati untuk memilih produk jualan pada masa hadapan.

Tambah netizen lagi, kebanyakkan founder menjadi ‘kaya’ bukan disebabkan produk mereka terjual kepada pelanggan, sebalik disebabkan mereka mengaut keuntungan daripada ‘pakej-pakej’ yang dijual kepada para stokis & ejen di seluruh negara.

Menurut team leader tersebut lagi, dia sudah redha dengan apa terjadi dan menganggap itu adalah sebahagian asam garam kehidupan dalam sesuatu perniagaan.

Dia juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada netizen yang memberikan kata-kata semangat agar tidak berputus asa dan percaya akan ada rezeki lebih baik pada masa akan datang.

BACA:

Kajian dedah umur rakyat Malaysia makin pendek, ini yang berlaku

Anwar sahkan akan bertanding di kerusi pengkhianat, Ampang atau Gombak?

Lelaki tangkap ikan kelah merah gergasi paling mahal, rezeki banjir…