Ebit Lew hantar gambar lucah di Whatsapp, kata Firdaus Wong. Mahkamah Majistret Tenom, hari ini, diberitahu, pendakwah terkenal, Ebit lew didakwa pernah menghantar gambar kemaluan lelaki kepada pengadu melalui aplikasi WhatsApp.
Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung, 39, yang menjadi saksi pada perbicaraan kes gangguan seksual melibatkan Ebit turut memaklumkan kepada mahkamah, gambar berkenaan dilihat sendiri olehnya.
Dalam masa sama, Firdaus mendakwa, Ebit juga pernah mengirim pesanan menerusi WhatsApp kepada pengadu agar pengadu meminta diceraikan suami.
Dakwanya, semua mesej dan gambar berkenaan dilihat sendiri apabila bertemu dengan ‘pengadu’ dan suami selepas laporan polis dibuat pada 7 Ogos 2021.
“Antara pesanan adalah satu mesej suara daripada Ebit Lew kepada ‘pengadu’ yang berbunyi ‘tunjuk kaki sikit, tunjuk kaki sikit’.
“Terdapat juga pesanan bertulis menerusi Whatsapp yang berbunyi ‘minta husband you ceraikan you, I bayar you’.
“Saya juga melihat gambar kemaluan lelaki di dalam perbualan antara ‘pengadu’ dan Ebit Lew,” katanya ketika menjawab pertanyaan Timbalan Pendakwa Raya, Zahida Zakaria di hadapan Majistret Nur Asyraf Zolhani pada perbicaraan kes gangguan seksual di Mahkamah Majistret Tenom, di sini, pada Selasa.
Ebit atau nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim, 37, pada 18 Februari lalu didakwa atas 11 pertuduhan termasuk dakwaan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 41 tahun di daerah Tenom.
Beliau dituduh melakukan perbuatan itu mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Majistret Nur Asyraf Zolhani sebelum ini mengenakan ikat jamin RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin tempatan terhadap Ebit yang tidak mengaku salah atas 11 pertuduhan berkenaan.
BACA JUGA :
Dr Amalina diserang komen lucah selepas kongsi isu sunat anaknya
“Bila nak balik? Tidur luar ya!”- Tengok world cup guna mirror screen hp, bini pula whatsapp
Pemuda makan roti canai cicah kuah ‘air bah’ jadi perhatian netizen