Duta Khas Timur Tengah melawat MADA di Kedah

Duta Khas Timur Tengah melawat MADA di Kedah

Mengadakan Lawatan Kerja ke Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) di Alor Setar, Kedah pagi tadi.

Kami berbincang untuk meningkatkan peluang kerjasama dengan negara-negara Timur Tengah serta saling memanfaatkan teknologi terkini daripada dunia Islam.

Saya juga menyentuh berkenaan galakan meningkatkan sains pertanian melalui kajian-kajian bagi meningkatkan mutu pertanian yang dihasilkan.

Selain itu, kerajaan perlu mencari jalan untuk menggalakkan golongan muda agar menceburi bidang pertanian.

Pelbagai inisiatif dan galakan serta jaminan masa depan kepada anak muda harus diambil peranan bagi menyedarkan mereka akan kepentingan terlibat dalam bidang pertanian.

Turut hadir bersama ialah YB Tuan Hj. Awang bin Hashim, Timbalan Menteri Sumber Manusia, YB Tuan Ahmad Tarmizi bin Sulaiman, Pengerusi MADA, YB. Ustaz Haji Ahmad Fadzli bin Hashim, Timbalan Speaker DUN Kedah dan YB. Dato’ Dr. Mohd Hayati, Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Sumber :

COMMENTS