ENTAH kenapa sejak akhir – akhir ini banyak sangat berita, ramai sangat gadis – gadis dan tak kurang wanita hinggakan yang ada suami pun suka sangat nak kawan suami orang.
Dulu pun ada tetapi kini dengan kecanggihan media sosiaI, banyak berita tersebar.
Mula – mula kawanlah, lama kelamaan nak kahwin. Mungkin anda tak perasaan, tetapi ini yang berlaku pada diri saya sendiri.
Ini bukan cerita baru hingga saya sudah hilang sabar, dah kering air mata dengan per4ngai suami yang tak sedar diuntung.
Apa yang dia tahu dia mahu hidup senang tanpa tanggungjawab, senang berbelanjaan dan dia mahu apa juga kehendaknya disediakan. Dia mahu kehendaknya kita penuhi, tanpa fikirkan kita pun susah nak cari duit.
Per4ngainya membuat jiwa saya sudah hilang rasa cinta apalagi kasih sayang terhadapnya. Malah kalau suami tak balik rumah langsung pun bukan saya aja suka, malah anak – anak lebih gembira. Saya sudah penat bersabar, dari anak satu dah jadi tiga, sentiasa bersabar.
Saya bercerita bukan kerana susah hati tetapi rasanya memang baik dia cepat kahwin. Sebab hati saya sudah kering dan jiwa saya kosong terhadapnya. Malah saya mahu segera terlepas daripada kekeciwaan hidup hari demi hari bersamanya.
Apa yang saya ceritakan ini bukan kerana kepentingan diri sendiri, tetapi saya tujukan kepada wanita senasib saya, jangan risau jika ada gadis lain yang tergiIa – giIakan suami anda, lepaskan, tidak ada faedahnya ada suami yang membuat hidup anda menderita, keciwa, dan s4kit jiwa.
Jadi lepaskan releks. Jangan malu jadi janda, kerana itu lebih bahagia. Kembali pada kes saya ramai kawan puji kerana sanggup berpoIigami, saya kata terp4ksa, daripada kena pukuI, jiwa disiksa, duit habis, kehendak kita disekat selain terp4ksa serahkan duit gaji padanya, dan jiwa saya kosong terhadapnya, maka lebih baik dia kahwin.
Biar dia cari kekasih yang boleh memenuhi kehendaknya. Saya dip4ksa bermadu sebab suami (Ishak) tak mahu ceraikan saya dan syarat saya kalau tak mahu cerai, dia mesti bagi nafkah anak – anak. Jika tidak saya laporkan kepada ketua jabatannya, dia takut.
Sebagai ayah dia wajib bagi nafkah anak – anaknya. Tetapi belanja sekolah memang dia tolak tepi. Masa tu anak – anak saya masih kecil lagi. Kini usia kami hampir 50, anak – anak dah dewasa, seorang sudah bekerja setelah lulus Universiti, seorang lagi in sya Allah tahun hadapan terima ijazah, sementara sorang lagi masih menunggu peluang tempat belajar yang diidamkannya.
Kalau sebut pasal hati kering, dah lama saya amalkan. Sejak kahwin, sebut aje apa yang Ishak tak buat. Mend3ra mentaI dan fizikaI saya setiap hari. Kaki perempuan jangan ceritalah. Bukan seorang sampai tak terlarat nak kira dek ramainya.
Akhirnya kerana banyak buat ani4ya kat orang dia terjerat dengan ibu tunggal sebaya dia. Wanita ini nama Ain pandai ik4t kaki tangan Ishak hingga tak bergerak. Peristiwa ini berlaku lebih 15 tahun lalu. Awalnya Ishak cuba sorok, tetapi si Ain buka pekong, setiap hari dia kacau anak – anak, katanya tak lama lagi mereka tak ada ayah.
Anak – anak tak peduli, mereka lagi suka kalau ayahnya tak balik. Kemudian dia telefon saya, katanya tak lama lagi jadi janda. Dia fikir saya takut, saya c4bar dia buktikan suruh Ishak ceraikan saya. Kata Ain, Ishak keciwa rumahtangganya tak bahagia sebab ibu bapa saya rosakkan, sebab selalu minta duit.
Ya Allah! sanggup Ishak jaja, fitnah dan h1na mak bapak saya, sedangkan mak ayah saya orang kampung tak pernah campur hal kami . Salahkah kalau saya beri emak ayah saya duit setiap bulan? Mereka membanting tulang, bergadai bergolok cari duit hantar saya belajar supaya saya dapat kerja boleh bantu mereka, tetapi bila sudah bekerja suami sekat bagi emak duit.
Patutkah perbuatan suami seperti ini? Sedangkan Ishak tak keluar duit sesen pun masa saya belajar. Bila, sudah bekerja dan berduit Ishak senang – senang perah duit gaji saya untuk kesenangan hidupnya. Apa peng0rbanan Ishak?
Kerana gembira Ishak akan ceraikan saya, Ain mengaku dia sudah nikah dengan Ishak. Tetapi keluarga Ain tak suka, sebab Ishak kakitangan kerajaan pangkat rendah. Sedangkan Ain berpangkat, ada rumah sendiri dan berkereta mewah.
Keluarga Ain orang berada. Dan dia ada 2 orang anak yang dijaga oleh keluarganya. Saya bersyukur mereka sudah nikah dan saya tunggu diceraikan. Peliknya Ishak tak balik – balik. Berbulan – bulan saya tunggu surat cerai. Hampa. Anehnya anak – anak gembira.
Dan saya tak takut lagi, sebab dulu kalau balik Ishak akan cari salah saya dan berakhir dengan pinggan mangkuk kena hempas, atau muka saya kena t4mpar. Saya rasa malu bila anak – anak lihat emaknya kena pukuI dan dim4ki hamun oleh ayahnya. Rasa hilang maruah saya sebagai ibu.
Di pejabat saya lupakan masalah keluarga saya sibukkan diri bekerja dan menghadiri apa juga kursus yang ditawarkan. Niat saya nak tambah ilmu. Usaha saya berbaloi, setiap tahun naik gaji. Fikiran saya lapang tanpa gangguan Ishak.
Untuk gembirakan anak – anak, saya belajar memandu dan beli kereta. Saya bebas gunakan duit titik peluh sendiri. Dengar cerita Ishak tak berani keluar rumah sebab ada anak – anak kecil dan diik4t isterinya. Sejak Ishak tak balik hidup saya lebih bahagia, saya bebas beri duit kepada emak ayah saya, dan balik kampung bila bila ada cuti.
Anak – anak pun gembira, sebab mereka tak kena pukuI oleh ayahnya, bila tak dapat duit yang dimintanya dari saya. Kini 15 tahun berlalu, saya rasa cukup bahagia. Walaupun hidup bermadu, tetapi Ishak tak pernah dapat balik, nak telefon pun susah sebab sibuk menjaga 4 orang anaknya yang masih kecil dan dia patuh dengan perintah Ain.
Saya rasa kini giliran anak – anak Ain pula kena beIasah macam anak – anak saya dulu. Saya bukan nak pulangkan paku buah keras, tapi ingin memberi contoh kepada gadis – gadis di luar sana, jika anda berjaya rebut suami orang bukan bermakna anda berjaya rebut kasih sayangnya, tetapi anda bakal merasa tempias kezaIiman yang bakal anda tempohi nanti.
Ingatlah manis yang anda kecapi hanya sekejap. Peritnya tak tertanggung. Lelaki memang pandai menggelak dan melepaskan tangguangjawab. Tetapi bukan pada Ishak dia sem4kin menikus sekarang. Masa bercinta jantan sanggup terbang ke angkasa petik bulan bintang dan letakkan atas riba kekasihnya.
Kenyataannya hanya janji – janji kosong. Kalau nasib tak baik dan anda banyak cakap pintu sedia terbuka dan anda boleh keluar. Saya bersyukur ketika emak ayah sem4kin berusia dan perIukan perhatian, saya berada dekat mereka.
Pada saya suami boleh bertukar bila bercerai, tapi emak ayah, itulah satu satunya dunia akhir4t. Saya masih ingat lagi mereka banyak bersabar bila Ishak sump4h seranah mereka, bila mereka mengadu perIukan duit dari saya.
Cuma kini sesekali saya terbayang dan teringat apakah pada usia dekat nak pencen per4ngai Ishak masih macam dulu? Kalau main telefon macam anak muda, apakah dia berani tersengih – sengih sendirian. Bercakap sayang lah, rindulah, tah dengan siapa. Tetapi biarlah Ishak? Biarlah Ain mengajarnya menjadi ayah yang baik.
Ayah saya berpesan hidup ini kena takutkan Allah. Biarlah orang ani4ya kita miskipun suami sendiri, kita mesti sabar. Akan tiba masanya dia akan terima baIasan Allah. Kini Ishak terkurung, tak berani bersuara pada bini.
Dulu dia h1na saya macam kucing kurap, kini saya jadi ratu kucing siam. tak perlu jaga anak kecil, tetapi Ishak kena pikul. Hah! Hambik kau! Di sini saya nasihatkan isteri yang dimadukan, terus tabah jalani hidup, tapi kalau boleh lepaskan diri, larilah sejauh mungkin.
Sebab bukan semua madu itu manis. Kepada isteri – isteri kedua, ingatlah baIasan Allah. Jangan ingat anda muda boleh dapat segalanya, kalau Allah nak ambil, semua boleh hilang sekelip mata. Suami dah dapat dua dia nak ketiga.
Kepada pihak berwajib khususnya di Mahkamah Syariah tolonglah prihatin nasib isteri – isteri yang menuntut cerai, jangan d3ra mereka. Suami kalau nak berpoIigami semua mampu, dah nikah kedekut macam roda kereta lembu.
Suami lebih takut kena saman mahkamah sivil hinggakan kesalahan lalu lintas pun mereka kecut perut. Tetapi mereka buat leceh surat saman Mahkamah Syariah, sebab dia tahu hakim tak ada kuasa. Itulah taraf mahkamah syariah kita.
Kita sibuk cakap pasal keruntuhan akhlak anak – anak remaja. Tapi keruntuhan akhlak orang dewasa, siapa pun tak ambil peduli. Luaran kita lihat kebahagiaan pasangan suami isteri, hakik4tnya ramai isteri main wayang, demi menjaga maruah suami, sedangkan hati dan jiwa mereka sudah lama h4ncur oleh sikap dan perbuatan suami yang tunjuk muka syurga depan orang, tetapi jadi ner4ka jah4nam kalau tak dapat apa yang dihajati.
Ramai lelaki sekarang cari isteri yang boleh jadi tempat mereka berteduh dan berg4ntung. Anak – anak tak makan mereka tak peduli tapi dia sanggup suap kekasih dengan kemewahan untuk memik4t. Balik rumah beIasah anak isteri bila duit yang diminta tak dapat.
Bila isteri minta cerai, dik4ta tak dapat masuk syurga, isteri durhaka pada suami, disuruh pergi mahkamah Syariah kalau nak cerai.
Sebab dia tahu bukan mudah bercerai, kerana mahkamah syariah akan bela mereka, sebab mahkamah khususnya jabatan agama Islam malu jika jumlah perceraian di kalangan pasangan beragama Islam meningkat mend4dak.
Sebenarnya susun atur kehidupan keluarga Islam sangat mudah. Yang menyulitkannya adalah manusia yang bijak memutar belitkan keadaan.