Dulu selamat kini tidak lagi, individu dedah Jepun bukan lagi negara selamat

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Jepun dikenali sebagai salah satu negara paling selamat di dunia dengan kadar jenayah yang sangat rendah.

Salah satu bukti keamanan negara itu adalah apabila barangan hilang di tempat awam dapat ditemui semula dengan cepat.

Selain itu, Jepun juga terkenal dengan sifat budi bahasanya yang tinggi, menjadikannya disegani di seluruh dunia.

Namun, dengan peningkatan pelancongan ke negara itu, terdapat pelbagai kekacauan yang berlaku,

menyebabkan beberapa tempat menarik terpaksa ditutup untuk menjaga keharmonian warga tempatan.

Dulu selamat kini tidak lagi, individu dedah Jepun bukan lagi negara selamat

Contohnya, lorong persendirian di daerah Geisha di Kyoto terpaksa ditutup kerana beberapa pelancong berkelakuan buruk seperti membuang putung rokok secara sembarangan, merosakkan pakaian kimono, dan mengambil gambar tanpa izin.

Kerajaan Jepun baru-baru ini mengumumkan rancangan untuk membina penghalang hitam setinggi 2.5 meter bagi menutup pemandangan di kawasan tular Gunung Fuji kerana beberapa pelancong tidak mematuhi peraturan dengan membuang sampah dan mengabaikan peraturan lalu lintas.

Berita terkini juga melaporkan kejadian mesin layan diri yang rosak akibat tindakan individu yang tidak bertanggungjawab. Fenomena ini mengejutkan ramai pihak kerana jarang berlaku di Jepun.

Di media sosial, ramai netizen Jepun mengutarakan kebimbangan mereka terhadap keadaan semakin tidak selamat di negara itu, terutamanya dengan kemasukan ramai warga asing. Mereka menyalahkan golongan imigran atas tindakan tidak bermoral dan tidak patuh kepada undang-undang.

Beberapa netizen juga menyalahkan kerajaan atas dasar imigran yang lebih terbuka, menyatakan bahawa individu berstatus imigran tidak mempunyai sifat nilai murni seperti warga tempatan.

Pertanyaannya, adakah Jepun akan mengalami perubahan seperti negara Kanada dan Amerika Syarikat di mana golongan imigran mendapat lebih banyak kuasa dan mengganggu ketenteraman rakyat tempatan?

BACA: “Aku harapkan isteri cakap tak boleh je bila aku minta izin kahwin dua, bila dia bagi jawapan makin pening aku dibuatnya”