Dulu jual pisang goreng cheese, kini Banana Dibs bergelar pilot

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Pernah viral di media sosial sebuah video pendek yang memaparkan seorang peniaga pisang goreng cheese yang dikenali sebagai Adib,

Dengan tindakan ringan kepalanya dan berkata, “biasa, biasa maksudnya?”

Video tersebut membawa tuah kepada Adib, atau nama sebenarnya Abdul Adib Aidil, yang kemudiannya menjadi terkenal dan meningkatkan pendapatan perniagaannya.

Dulu jual pisang goreng cheese, kini Banana Dibs bergelar pilot

Berita terkini melaporkan bahawa Adib kini telah menemui kerjaya impian beliau sebagai seorang juruterbang bagi salah sebuah syarikat penerbangan.

Dalam perkongsian video TikTok oleh rakan sekerja Adib, Anaqah Ismail, terlihat Anaqah sedang mengusik Adib dengan gaya bicaranya yang khas.

“Maaf, Encik. Kamu tahu cara (bercakap) seperti ‘biasa’?” usik Anaqah.

Dalam kapsyen video tersebut, Anaqah yang juga seorang juruterbang berjenaka dengan menyatakan bahawa dia tidak mendapat pisang goreng cheese dan terpaksa pergi ke Kajang untuk mendapatkannya.

“Biasa? Biasa maksudnya? Terbang bersama abang pisang cheese tetapi tidak mendapat apa-apa pada hari ini. Mungkin saya perlu pergi ke Kajang haih,” tulis Anaqah dengan nada seloroh.

@anaqahif Always nice to fly with friends 🫶🏻 All the best for your IOE @dibndib #biasamaksudnya ♬ Taylor Swift megamix lyrics and song titles P2 – Silvy | Taylor Nederland

Dalam video tersebut, Adib kelihatan segak memakai seragam juruterbang, dan kini beliau telah memulakan kerjayanya dalam Malaysia Aviation Group (MAG).

Reaksi netizen dalam ruangan komen adalah antara gembira dan teruja melihat Adib, pemilik Bananadibs, berjaya mencapai impian kerjayanya.

Sebelum ini, Adib telah menyatakan bahawa beliau merupakan seorang graduan daripada Akademi Penerbangan Malaysia. Namun, disebabkan pandemik Covid-19, Adib terpaksa menceburi bidang perniagaan sementara menunggu peluang untuk bekerja sebagai juruterbang.

Tahniah kepada Adib, teruskan terbang tinggi!

BACA: “Emak dah lama pencen tapi simpanan emak dah habis, sampai barang kemas emak pun dah takde, rupanya adik guna untuk tanggung biawak hidup!”