Sebuah koleksi besar kad Pokemon edisi terhad yang jarang ditemui telah dilelong dengan harga RM327,753, dua kali ganda lebih tinggi daripada tawaran permulaan.
Koleksi ini dimiliki oleh seorang peminat dari Nottinghamshire dan terdiri daripada kad-kad Pokemon
Ada yang dikumpul dari tahun 1990-an hingga 2000-an.
Menurut pelelong, Richard Winterton, koleksi ini dianggarkan bernilai £25,000 (RM148,247) sebelum dilelong dalam satu acara lelongan kelmarin.
“Penjualan ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pengumpul di seluruh dunia termasuk Jepun, China, dan Amerika Syarikat,” kata Winterton.
Koleksi ini terdiri daripada 2,407 kad termasuk 10 set lengkap dan telah dilelong di Pusat Lelongan Lichfield, Staffordshire.
“Sebilangan kad dalam koleksi ini adalah item yang sangat dicari sehingga pengumpul
berpotensi untuk membeli keseluruhan set semata-mata untuk mendapatkan sekeping kad,” tambah Winterton.
BACA: Macam ini cara kira pembahagian caruman akaun 3 kwsp ramai nak tahu