Duit raya Bilal RM14,000 tahun ni, melopong Neelofa kira..

Oleh MHDAILY

Duit raya Bilal RM14,000 tahun ni, melopong Neelofa kira..Sejak usahawan dan selebriti popular, Neelofa dan Haris Ismail dikurniakan cahaya mata pertama mereka, nampaknya tidak henti-henti keluarga bahagia ini menjadi perhatian di media sosial.

Apatah lagi, anak lelaki mereka yang diberi nama Muhammad Bilal apabila sambutan hari Raya pada tahun ini, Neelofa dan Haris atau turut dikenali sebagai PU Riz dapat menyambutnya bersama anak kesayangan mereka yang membesar dengan sangat comel.

Neelofa

Walau bagaimanapun, terbaharu keluarga ini sekali lagi menarik tumpuan ribuan warganet selepas dikongsikan satu rakaman video yang memaparkan Haris Ismail dan Neelofa bersama mengira duit raya yang diberikan kepada Muhammad Bilal.

Pasangan sama cantik, sama padan ini juga bersyukur dengan pemberian duit raya tersebut kepada anak sulung mereka ini yang difahamkan berjumlah RM 14,020.

Duit raya bilal

@neelofa♬ Eid Mubarak – Aayat Arif

Perkongsian Neelofa beberapa jam yang lalu di laman akaun miliknya itu bagaimanapun mengejutkan ramai disamping warganet turut berseloroh dengan pelbagai reaksi diruang komen apabila sambutan hari raya pertama Muhammad Bilal sudah berjaya mengumpul ribuan ringgit.

“14k duit raya dia. Rezeki Bilal”

BACA:

Tragis tetamu datang beraya, hobi ribuan ringgit habis dirosakkan

Maria Farida buat aksi ‘panas’ di Tiktok, ramai yang tak keruan..

Rupanya anak angkat ni anak suami dan skandalnya, patut rasa pelik..

Leave a Comment