Pertama kalinya aku nak share kisah yang lama aku pend4m di hati. Nama aku Ira, berumur 28 tahun, pemegang ijazah.
Aku baru 1 tahun kahwin dan dah ada anak seorang. Suami aku plak berumur 27 tahun, ada SPM sahaja.
Kami bercinta selama 5 tahun sebelum bertunang dan berkahwin. Lamakan? Sebenarnya kami memang nak cepatkan majlis.
Tapi pihak suami terutama ibu mertua tidak suka aku. Kerana aku tak cantik dan tua dari anaknya.
Akhirnya kami pon selamat bertunang juga tanpa kerelaan hati ibu mertua aku. Kerana Ayah mertua aku berkeras hantar rombongan meminang yang telah ditangguh sebanyak 4 kali. Ye. Aku sedih. Malu. Kuatkan diri cuba berlakon gembira di hadapan family aku sendiri. Mak dan Ayah aku selalu nasihatkan aku bersabar dan belajar lagi untuk ambil hati ibu.
Masih terngiang lagi peristiwa aku dijemput hadir ke rumah terbuka pada hari raya di rumah suami. Aku pon pergi selepas balik dari kerja (aku kerja sebagai manager di pasaraya dengan gaji 5k sebulan.
Suami aku pula staff biasa dengn gaji 1k sebulan). Keadaan diri aku memang selekeh dan comot. Sebab kerja berat. Nama sahaja manager. Tapi aku tetap sama macam staff – staff yang lain. Sewaktu sedang makan, suami aku menegur mak sed4ranya, “wahh cantik – cantiknya anak makngah.” Makngah pon membaIas, “keturunan kita memang semua cantik – cantik, kau tu je tak pandai pilih. Pilih orang tua.” Maka bergelak sakanlah yang mendengarnya. Aku? Hanya mampu tahan sebak di hati.
Dalam tempoh bertunang, banyak kali aku makan hati dengan keluarga suami aku. Mereka h1na kerja aku kerana mereka semua kerja kerajaan. Mak Mertua sampai cakap akulah punca anak dia tak nak kerja tempat lain. Selagi aku tak berhenti. Selagi itulah anak dia tak takkan berhenti. Jadi, aku pon berhenti kerja. Maka hilanglah pendapatan bulanan 5k. Itu semua adalah untuk ambil hati mertua aku.
Aku ikotkan saja kemahuan dia. Ibu dapatkan aku kerja kerajaan dengan gaji hanya RM1500 sebulan. Aku sedih sebab aku takkan dapat bagi mak ayah aku duit banyak seperti sebelum – sebelum ini. Tapi mak aku kata, “tak apa. Mungkin ini cara ibu akan berbaik dengan kamu.” Sedangkan aku tahu mak susah hati kerana siapa yang akan tanggung segala perbelanjaan rumah sebab mereka uzur tidak boleh bekerja dan masih ada adik – adik yang masih bersekolah. (Aku sulung)
Pernah juga aku dan suami berg4duh besar kerana ibu mertua aku sering cakap aku bukan menantu pilihan dia. Hingga aku buat keputvsan untuk putvskan pertunangan. Aku tak sanggup teruskan. Aku penat untuk jaga hati mereka sehingga hati aku terabai. Aku berhenti kerja kerajaan dan bekerja semula di sektor swasta dengan gaji 3k sebulan. Tapi suami aku cari aku, melutut merayu jumpa keluarga aku.
Aku sedih pula tengok keadaan suami waktu tu. Lagi bertambah sebak bila ayah aku cakap, “Man, ayah serahkan anak perempuan ayah pada Man untuk Man bimbing dia 1 hari nanti. Ayah tak pernah tanya tentang gaji Man. Tak pernah persoalkan kerja Man. Ayah terima kekurangan dan kelebihan Man. Tapi kenapa buat anak ayah macam ni.” Aku menangis. Suami pon menangis kerana sesal dengan perbuatan ibu dia.
Dan akhirnya kami berkahwin pada tahun 2016 dengan hantaran sebanyak 15k. Tiada siapa pon yang tahu segala perbelanjaan perkahwinan adalah duit aku sendiri. Termasuklah membeli barang hantaran. Ye. 15k itu pon duit aku sendiri. Suami hanya mampu bagi mas kahwin saja. Itu pon dah memadai bagi aku. Sebab aku tahu suami aku memang tak mampu. Aku tak kisah semua tu sebab aku sayangkan suami aku.
Susah aku nak jumpa lelaki yang jatuh dan bangun bersama, sangat penyayang dan baik, rajin buat kerja rumah, rajin bekerja, hormat family. Susah nak jumpa zaman sekarang ni. Sebab itulah aku sanggup. Asalkan dia sayang aku sepenuh hati dia.
Pada awal perkahwinan, mertua p4ksa kami tinggal dengan mereka. Aku berkeras tak mahu tinggal bersama. Dengan alasan aku dah beli rumah sebelum kahwin. Ye. Memang aku dah ada rumah dan kereta sendiri sebelum kahwin. Mertua bermasam muka juga lah sebab aku tetap dengan keputvsan aku. Suami serba salah kerana dituduh derh4ka. Aku pujuk suami jangan sedih.
Promoted content
recommended by
HAVITA
Rambut mesti tumbuh lebat! Tidak kira botak teruk
KETAHUI LANJUT
Lepas dah duduk sendiri berdikari, Ibu Mertua aku ada saja yang tak kena di matanya. Perabot tak lengkap pon dimarahnya. Dia cakap, “duit hantaran 15k tu mana? Beli lah apa yang patot. Tak kan nak suruh anak aku je yang keluar duit.
Kau punya gaji buat apa? Fikir tekak sendiri je.” Aku sedih sangat. Berhari – hari aku menangis dengan sikap mertua. Aku keluarkan duit simpanan aku, aku beli segala perabot untuk dalam rumah. Mungkin suami aku dah tak tahan dengan layanan yang aku terima, suami berterus terang cerita yang sebenarnya pada ibu dia. Terus terdiam ibu mertua aku.
Setelah 3 bulan berkahwin, akhirnya aku mengandung! Aku dan suami gembira tak terkata. Berbahagialah kami melayari perkahwinan ni. Rezeki awal. Dalam tempoh mengandung dan sem4kin sarat memang banyak kali ibu mertua s4kitkan hati aku.
Aku dah kuat sikit. Aku hanya membaIas dengan senyuman dan iya kan sahaja kata – katanya. Aku malas nak bermasam muka. Ibu mertua aku ni baik sebenarnya, cuma jenis dia ni, keputvsan dia je betul. Wajib dengar. Kalau tak dengar, anak derh4ka. Kalau dengar dan patuh, akan disayang dan dimanja. Akhirnya tanpa aku sedar, aku selalu ketepikan keluarga aku hanya kerana niat nak mengambil hati mertua.
Allah buka mata dan hati aku semula, saat aku berp3rang dengan kes4kitan nak bersalin, 3 hari di tahan di wad hanya keluarga aku yang teman aku. Suami aku? Diakan anak yang baik. Mestilah dengan ibu dia. Suami aku teman juga, tapi hanya di saat – saat waktu melawat nak habis. Ya. Aku sedih. Tapi aku tak terdaya nak meluahkan.
Biarlah suami aku jadi anak yang soleh dan taat kepada ibunya. Akukan masih ada Mak dan Ayah. Ayah lah orang yang paling risau dan pertama yang sampai hospitaI walaupun dalam keadaan s4kit g0ut, tak boleh jalan.
Akhirnya, aku bersalin c3aser. Setelah masuk wad semula, waktu melawat pon bermula. Ayah dan Mak aku lah yang pertama sampai. Paling aku terkilan hingga kini. Saat aku perlukan suami aku, dia tiada di sisi aku. Aku Ionglai. Lemah. Tiada daya untuk uruskan baby tanpa bantuan, kerana pembedahan baru saja selesai. Segala keperluan baby ada di dalam kereta. Aku call dan mesej tanya suami di mana. Tapi tak berjawab.
Dah habis waktu melawat barulah suami aku sampai. Aku tenung dia. Aku pelik kenapa keadaan dirinya tidak terurus. Niat di hati nak tanya kenapa lambat, terus tak jadi bila dia minta maaf. Jadi, aku diamkan saja.
Waktu melawat petang pon sama. Suami aku lah yang paling lambat tiba bersama keluarganya. Lagi 5 minit nak habis baru sampai. Aku tak mampu nak senyum. Aku s4kit hati. Sampaikan ayah aku slowtalk baik – baik dengan suami aku. “Man, kelima – lima anak ayah waktu dilahirkan, ayah orang pertama ada di sisi mak. Nasib baik sekarang ni ayah sihat sikit. Boleh lah datang. Bayangkan kalau ayah tiada. Man juga tiada. Fikirlah baik – baik Man.” Suami hanya mengangguk lesu. Aku hanya diam. Sejujurnya aku tak tahu apa yg berlaku di sebeIah pihak suami aku.
Hari kedua di wad. Suami aku datang lambat jugak. Nurse tanya di mana keperluan baby, aku tak mampu nak ambil beg baby serahkan pada nurse. Nurse pula tidak mahu menyelongkar beg pes4kit. Jadi, dia hanya bedung baby pakai “kain pink” kat wad bersalin tu.
Sebak hati aku tengok baby. Apalah gunanya berhelai – helai bedung aku beli tapi tidak dipakaikan pada si anak. Aku hanya mampu menangis pada Mak dan Ayah aku bila mereka tiba. Lagi 10 minit nak habis waktu melawat suami pon tiba dengan ibu mertua. Ibu siap bawakkan bubur.
Sewaktu berdua dengan suami, aku tanyakan hal yang sebenar. Suami hanya tunduk, peIuk dan minta maaf. Aku maafkan. Aku pujuk suami untuk bercerita. Akhirnya suami bercerita, “ibu minta teman pergi beli ikan – ikan dan aquarium dekat KL dan pergi ambil adik dekat stesen keretapi.” Aku terpana dengar jawapan suami aku. Sampai hati ibu, lebih utamakan ikan – ikan peliharaan dia daripada perasaan anak menantu dia.
Bukankah hari lain boleh pergi? Kenapa di saat aku lebih memerlukan suami aku? Aku menangis tak dapat menahan rasa hati. Pilu rasanya bila ibu mertua cakap, “alah tak apa. Mak Ayah dia ada. Biarlah dorang jaga.” Tentang adik dia pula, kenapa p4ksa abang kau yang bininya di hospitaI sedangkan kau ada seorang lagi abang. Sedih sangat rasa hati ni.
Waktu dalam p4ntang. Hari – hari aku menangis. Bermasam muka dengan suami hanya kerana ibu mertua. Ibu mertua p4ksa aku yang masih 11 hari dalam p4ntang untuk balik kampung raikan perkahwinan sepupu suami aku.
Nasib baiklah ada Ayah aku yang bertegas bahawa aku dalam p4ntang. Suami aku tak mampu membaIas kata – kata ibunya kerana akan digeIar anak derh4ka. Jadi, begini lah keadaan suami aku. Serba salah dibuatnya. Alhamdulillah aku tak mer0yan. Setiap kali aku menangis, suami peIuk. Zikir di telinga aku. Ayah dan Mak tenangkan aku. Baby aku dijaga sepenuhnya oleh Mak aku.
2 kali beraya sebagai suami isteri. Kami mesti dip4ksa beraya di kampung suami. Tahun ni sepatutnya giliran kampung aku. Tapi ibu mertua meIenting kata suami aku derh4ka dan tunduk kata bini. Aku malas nak berg4duh. Di pagi raya Aku turutkan saja beraya di sebeIah suami dulu. Tak apalah. Mak dan Ayah aku faham. Tapi sampai bila?
Setiap malam Ibu mertua akan call mengganggu kami. Hinggalah ke hari ini. Semuanya salah. Semuanya tak kena. Dia saja yang betul. Setiap kali dia call, setiap kali itulah kami suami isteri akan bert3ngkar sikit. Dihujungnya kami sama – sama minta maaf antara satu sama lain. Tapi sampai bila kami akan bertahan?
Bermula di saat itulah, aku mula membenci ibu mertua aku. Tapi aku masih melayan dia dengan baik di depan. Aku masih hormat dia. Tapi sebenarnya aku hip0krit. Aku tetap menc4rut dan m4ki di dalam hati. Bila dia ada masalah. Aku menunjukkan simpati tapi di dalam hati, aku ketawakan dia. Hati aku dah terlalu lama s4kit. Aku bukan malaik4t untuk sentiasa baik. Maafkan aku ibu.
Aku cemburu tengok ibu mertua orang lain yang melayan menantu dengan baik. Sampaikan aku bersump4h satu hari nanti, jika panjang umur, aku nak jadi Ibu mertua yang baik pada menantu aku. Macam Mak aku. Aku tak nak menantu aku rasa apa yang telah aku lalui.
Berkenaan ibu mertua aku. Hingga kini sikapnya begitu. Sentiasa mem4ksa dan mengugvt kami derh4ka jika tidak dengar. Semoga Allah beri hidayah pada aku. Bukakan pintu hati aku semula untuk maafkan perbuatan ibu mertua. Doakan aku ye semua. – Menantu hip0krit-
Komen Warganet :
Marsha Irdina : Awak isteri yang bagus sebab sanggup bersabar dan memahami keadaan suami. Awak tahu suami tersepit antara isteri dan ibu. Tapi dalam masa yang suami, kadang – kadang suami kena bertegas, bukanlah jadi anak derh4ka jika memang terang – terang apa yang ibu dia buat tu salah. Memang ada segelintir ‘ibu’ yang menggunakan tiket ‘derh4ka’ untuk mengugvt anak. Apa – apa pun semoga perkahwinan awak terus berkekalan dan bahagia.
Khadijah dijh : Yang suami tu boleh bertegas tak? Kenapa sanggup biar isteri kena buIi. Dan bagi pendapat aku la, kalau perempuan kat luar sana nak kahwin, tolonglah selidik pe4angai mertua tu. Kalau dah terang – terang mertua tak suka, tak payahlah teruskan perkahwinan. Buat s4kit hati je. Tengoklah, nak ambil hati mertua, hati ibu bapa sendiri plak yang terp4ksa dik0rbankan