“Duit hantaran mak mertua masih hutang dengan saya, tak bayar pun, masa kak ipar kahwin, semua ditanggung mak, bila tengok barang kemas mak, terdetik dalam hati saya..”

Oleh ANITA ABD RAHMAN

Saya seorang isteri dan berkahwin awal. Umur 21 tahun, masih belajar diploma.

Singkat cerita, saya berkahwin dengan suami saya selepas 5 tahun kenal dan bercinta.

Semasa bertunang dan masa majlis kahwin, ibu mertua saya tidak datang untuk melihat perkahwinan kami atas sebab sibuk kerja dan tidak ada cuti.

"Duit hantaran mak mertua masih hutang dengan saya, tak bayar pun, masa kak ipar kahwin, semua ditanggung mak, bila tengok barang kemas mak, terdetik dalam hati saya.."

Saya fikir positif bahawa ibu mertua memang tidak ada cuti dan sibuk cari duit untuk tanggung anak – anaknya yang masih bersekolah.

Dalam masa yang sama, saya rasa mungkin sebab ibu mertua rasa segan sebab duit seperti yang dijanjikan tidak sampai separuh pun diberikan kepada pihak perempuan.

Tetapi ibubapa saya tetap menerima dengan syarat selepas berkahwin nanti, baki yang seterusnya haruslah dihabiskan mengikut perjanjian dan tandatangan dalam surat perjanjian semasa pertunangan tersebut.

Masa kahwin tu, kami buat yang ringkas saja, tiada jemputan dan tiada pelamin. Alhamdulillah halal.

Hasil perkahwinan, kami mendapat rezeki dan anugerah terindah iaitu cahaya mata. Sebenarnya kami tak sangka secepat itu. Alhamdulillah. Saya ringkaskan cerita, keluarga beIah suami memang baik, ibu mertua juga baik dan semuanya memang baik.

Tapi terkadang saya kecil hati namun saya sabar dan saya pendam kerana ingin menjaga hati suami. Semasa kakak ipar saya berkahwin, mereka juga belum bersanding mungkin sebab belum ada kewangan yang cukup.

Semuanya ditanggung oleh ibu mertua semasa majlis kakak ipar dengan pilihan hatinya. Singkat cerita, setelah setahun berlalu. Mereka kemudian merancang untuk bersanding. Ibu mertua minta cuti siap – siap untuk balik sebab nak tengok anaknya bersanding. Yelah kan anak perempuannya.

Tapi, masa ni saya agak sedih dan kecil hati sedikit. Perkahwinan ipar saya, ibu mertua siap – siap ambil cuti, tanggung kos perkahwinan kakak ipar sedangkan suami kepada kakak ipar saya bekerja, badan kerajaan. Mereka sudah pun ada sebiji kereta, ada rumah. Tapi perkahwinan kak ipar, semua ibu mertua sanggup tanggung.

Saya fikir positif, saya cuba ikhlas. Mungkin ibu mertua tanggung semua kos mereka atas sebab dia sayang akan anak perempuannya. Tetapi bagaimana dengan saya dan suami saya yang satu – satunya anak lelaki beliau? Sulit untuk dik4takan.

Saya hanya ada sebuah rumah sahaja ni pun ayah saya hadiahkan rumah atas nama suami. Kami tinggal sama, saya ajak suami tinggal juga sebab rumah family beIah suami agak sempit dan kurang bilik. Jadinya kami kena tidur kat ruang tamu, tak ada masalah cuma macam tak ada privasi sebagai suami dan isteri.

Suami pun tidak ada kerja tetap. Kalau saya dapat duit lebihan dari PTPTN, itu lah yang saya akan gunakan untuk belanja anak saya. Ikutkan, lebih dari 3 bulan suami tidak berikan saya nafkah atau duit belanja untuk diri sendiri. Saya yang berusaha mencari duit lebihan.

Bukanlah untuk saya tetapi untuk anak saya yang banyak keperluan. Bukan nak mengungkit, semasa saya bersalin pun duit dan kos semua untuk barang baby semua gunakan duit simpanan saya. Beli barang bayi pun duit saya.

Allahuakhbar, pedih dan perit. Bila tengok ipar dan mak mertua serta orang lain yang ada barang kemas, barang berharga, terdetik di dalam hati saya, “bila lah saya dapat macam ni”. Ada rasa cemburu jugak tapi saya ikhlas seikhlas ikhlasnya.

Mungkin belum rezeki saya. Saya tak meminta pertolongan dari siapa pun untuk beli barang keperluan baby, sekarang pun baby umur 6 bulan. Apalagi ibu dan ayah yang sudah menjejaki usia 60 tahun ke atas. Ayah pun belum sihat sepenuhnya atas sebab str0k.

Jika ada duit lebih, saya akan berikan pada ibu dan ayah. Serta kirim sedikit duit untuk adik saya yang menyambung sekolah, masih berumur 18 tahun. Ibu yang bantu saya menjaga anak saya, saya hadiahkan ibu rantai emas.

Saya takde, takpe, yang penting ibu happy. Sekarang hanya berg4ntung dengan duit hasil saya buat kerja dropship sikit – sikit. Berbalik pada cerita awal, saya bukan cemburu dan bukan s4kit hati atas semua tu. Cuma saya sedih diperlakukan tidak adil dengan ibu mertua, sepatutnya jika ada duit lebih, bayarlah dahulu duit perjanjian seperti yang telah ditandatangani itu. Tidak untuk saya tetapi untuk anak kami.

Masa suami susah, mereka kurang membantu. Walhal, family beIah lelaki lah yang harus membantu isteri dan anaknya jika sedang dalam kesulitan. Tapi bila ipar susah, ibu mertua boleh bantu dengan segera. Bukan apa, saya ni sebagai isteri lebih baik tak perIukan suami kalau saya ada suami pun di perlakukan sperti ini.

Suami pun lebihkan keluarga dia berbanding saya dan anak. Pada siapa saya hendak lari mengadu? Banyak peristiwa yang buat saya kecil hati, cuma di sini saya ceritakan yang agak nampak “pilih kasih”. Maka, gugurlah air mata saya.

Saya tak tahan masa tu terp4ksa luahkan pada ayah dan ibu saya. Apa yang paling mnyedihkan adalah, ibu dan ayah saya mengalirkan turut sama mengalirkan airmata apabila saya ceritakan apa yang saya alami. Saya orang susah.

Mungkin keluarga mertua hanya agungkan orang yang kaya raya. Macam suami ipar saya, dia kerja kerajaan tapi kalau susah pasti family beIah suami tolong. Tapi kalau kami yang susah? Tidak sama sekali. Saya juga malas nak luahkan benda yang saya pendam dengan suami.

Bila saya cuba luahkan dan beritahu suami, pastinya dia akan marah. Mungkin dia rasa saya memburuk – burukkan ibunya dan suami akan membent4k saya. Saya terus diam dan pendam apa yang saya rasa sambil bangun tengah malam menangis dan berdoa meminta pertolongan kepada Allah SWT.

Sekadar ingin meminta pendapat rakan – rakan dalam fb ni, korang rasa saya patut ada rasa kecil hati atau tidak? Korang rasa saya perlu ke nak nangis hadap semua ni? Saya meminta nasihat daripada seorang ustazah, ustazah cakap saya seorang isteri yang kuat dan tabah. Doakan saya semoga habis belajar nanti, saya dapat kerja yang elok. Doakan saya dan anak dimurahkan rezeki. Aamiin

Komen W4rganet :

By Hesvia : Ayah awak silap kalau bagi rumah atas nama suami, sepatutnya bagi rumah atas nama awak. Kalau apa apa jadi nanti senang. Kalau ye pun sayang menantu, kena berpada – pada. Tengok dari cara suami layan pon macam takda rasa tanggungjawab yang tinggi.

Sebenarnya takda rasa kecil hati kalau suami sehabis baik tunaikan apa yang awak nak walaupun mak ayah mertua tak bagi apa – apa. Pucuk pangkalnye suami awak tu kena main peranan.

Fatimah Zolkafli : Duit hantaran yang tak diselesaikan lagi perlu dituntut pada suami bukan dari mertua. Dari segi penceritaan suami takde kesungguhan untuk jadi suami bertangungjawab. Awak patut salahkan suami bukannya mertua. Belum habis belajar lagi dah kahwin, memang kena hadaplah. Suami patut fikir macam mna nak cari duit lebih untuk tanggung anak bini.

Dhia Azzahra Minha : Faham sangat perasaan sis tapi sis benda dah jadi pun. Tak perlu nak fikir sangat kenapa, mengapa dan sebagainya. Teruskan kehidupan. Pasal mertua..tu hak dia. Duit dia terpulang pada dia sis.

Sepatutnya suami sis yang kena bertanggungjawab.. Kalau nak apa – apa kena usaha sendiri sis. Itu baru bab kahwin, lepas ni macam – macam lagi nak hadap sis. Maka bersedialah mental apa semua. Semoga dipermudahkanNya.

BACA: Bermula sebagai hobi, warga emas raih pendapatan RM20000 sebulan dengan hanya tanam betik