Duit dan kasih sayang tapi sebab aku tertegur satu benda maka berakhir 15 tahun hidup bersama…”

Oleh ZAKARIA HAMZAH

Suami isteri perlu lebih berhati-hati ketika bertutur bersama pasangan, jangan terlalu memendam rasa tidak puas hati.

Sampai satu masa bila meletup segalanya akan terkeluar dan ketika itu hanya rasa marah menguasai diri bukan lagi berfikir secara logik.

Seorang lelaki tidak menyangka sikap bekas isterinya yang terlalu memendam akhirnya membawa kepada kehancuran keluarga.

Duit dan kasih sayang tapi sebab aku tertegur satu benda maka berakhir 15 tahun hidup bersama…”
“Aku nak kongsikan sedikit kisah hidupku, hari ini terlerai sudah ikatan kasih sayang aku dan pasanganku,

15 tahun kami menjaga rumah tangga kami tapi semua ini ketentuan Illahi, setelah diselidik ia rupanya berpunca apabila aku terlalu ingin memberi kebahagiaan padanya.

Aku ingat semua akan sempurna jika aku pasti duit perbelanjaan cukup dan berli lebih kasih sayang buat dirinya.

Tapi ternyata semua itu adalah kesilapan, kemewahan yang aku berikan kepada keluarga sebenarnya lebih menghancurkan apatah lagi kami berhubungan jarak jauh.

Empat tahun aku bertahan, tapi tahun kelima aku mula nampak perubahan, dia tidak lagi melayan aku seperti sebelum ini.

Kalau aku balik bercuti pun dia sibukkan diri dengan kerja dan bermain game, tapi aku buat-buat tak tahu sebab aku sayangkan rumah tanggaku.

Pada 26 Julai, aku tersilap menegur dia pasal leka sangat main game kadang-kadang sampai berhubung berjam-jam dalam telefon dengan kawan gamernya.

Daripada situlah bermula perang WhatsApp kami, dia mengungkit benda yang aku sendiri tak faham.

Dia keluarkan semuanya apa yang dia pendam, dia menghina keluarga aku dan banyak lagilah,

Aku dah hilang kewarasan, 26 Julai petang itu juga aku terus balik berdepan dengan dia untuk selesaikan perbalahan ini.

Aku melafazkan cerai dengan talak satu dan yang membuatkan aku hilang kawalan apabila dia bertanya pada aku satu soalan yang aku tak mmpu beri jawapan.

Soalannya: sanggupkah awak menanggung dosa saya jika awak tidak menceraikan saya?

Hujung september aku ke mahkamah untuk membuat pengakuan talak, 15 tahun perkahwin berakhir begitu sahaja.

Kini kami bawa haluan masing-masing, anak dia pilih jaga semuanya, aku cuma perlu beri nafkah setiap bulan.

Aku jarang bergaduh tapi bila bergaduh terus berakhir dengan penceraian, janganlah jadi macam aku.

Kepada wanita, jangan terlalu memendam rasa dan luahkan sahaja buat suami jangan pendam hingga akhirnya makan diri.”

Baca juga: “Aku banyak kali jadi anak derhaka kerana perangai isteri, setiap kali mereka datang, isteri takkan masak apa-apa