Duit dalam akaun bank tiba-tiba hilang, ini cara dapatkan semula

Oleh AHMAD BAIHAQI LUTFI

Sudah tentu anda pernah mendengar mengenai beberapa kes kehilangan duit dalam akaun bank, bukan?

Jika perkara ini menimpa anda, pasti anda akan merasa panik dan buntu mengenai langkah yang perlu diambil.

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter @anissurayaaa telah berkongsi panduan tentang cara untuk mendapatkan kembali duit yang hilang dari akaun bank.

Duit dalam akaun bank tiba-tiba hilang, ini cara dapatkan semula

Yang paling penting, jangan panik dan ikuti langkah-langkah yang dikongsi.

Hubungi Nombor di Belakang Kad Bank

Korang dinasihatkan untuk segera menghubungi nombor yang tertera di belakang kad bank dan maklumkan bahawa terdapat transaksi yang tidak diketahui.

Biasanya, pihak khidmat pelanggan akan memberitahu bahawa bank akan menjalankan siasatan dan menyekat kad bank anda.

Screenshot Semua Transaksi

Pastikan anda merakam tangkapan skrin untuk semua transaksi dan sorotkan transaksi yang tidak dikenali untuk memudahkan siasatan.

Muat Turun Borang ‘Dispute’

Cari ‘borang dispute’ di Google, muat turun, dan isi borang tersebut. Perlu diingat, pihak khidmat pelanggan mungkin tidak menyebutkan mengenai borang ini.

Hantar Borang ‘Dispute’ Melalui E-mel

Hantar borang tersebut bersama dengan tangkapan skrin transaksi kepada bank ([email protected] / [email protected]) dan cc kepada Bank Negara Malaysia ([email protected]).

Buat Kad Baru

Pergilah ke cawangan bank terdekat untuk membuat kad bank yang baru.

Tunggu Balasan dan Duit Masuk

Setelah menjalankan semua langkah di atas, tunggulah balasan melalui e-mel dan pastikan untuk menantikan pemulihan duit ke dalam akaun bank anda.

BACA: ‘Jadi, anda ingin menekan saya?’, Sultan Ibrahim dedah kenapa tolak Hasni sebagai MB kali kedua