Selain perubatan moden, sesetengah daripada kita memilih untuk mencari perubatan alternatif, atau dengan kata mudahnya, berjumpa dengan bomoh.
Seorang individu meluahkan pengalaman serupa yang berlaku dalam keluarganya.
“Ahli keluarga saya ada yang berperilaku begini. Sedikit-sedikit jumpa bomoh.
Badan sakit sikit, terus anggap kena buatan orang, kemudian terus pergi berjumpa bomoh.”
Tambahnya, “Di rumah nampak hantu, jumpa bomoh dari semasa ke semasa, tapi masalahnya, ahli keluarga lain tidak pernah nampak hantu yang dikatakan itu.”
Bukan itu sahaja, akibat suka berjumpa bomoh, wang juga banyak terbelanja.
“Masalahnya, duit habis sampai nak belanja makan pun tak ada, meminta-minta dengan anak-anak, padahal duit yang sepatutnya boleh digunakan untuk belanja makan, digunakan untuk membayar bomoh,” luahnya.
Komen netizen :
HYSB – nanti bapa ke omaknye yang dah berusia(which is normal for aged people) tu didiagnos ada cancer jumpe bomoh, bomoh tu fitnah ada jiran yang hantar sihir sampai jadi cancer pun percaya.
A-Are – ada je org jenis gini…jangan terperanjat, kdg yg jenis pandai2 pon ada je buat perangai percaya benda2 gini
firstlurv – Allahu…..ketaksuban yang melampau