“Lenguh nak sandar, tapi makin lenguh jadinya! Tambah pula bunyi kerusi ni, buat orang sekeliling tak senang duduk.”
Itulah keluhan Munyati Jawahir MJ mengenai kerusi besi yang sering ditemui di premis awam.
Dalam hantaran di Facebook, dia berkongsi pengalaman duduk di kerusi tersebut, yang bukan sahaja tidak selesa
Tetapi juga mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan, terutama bagi individu berbadan besar.
“Kerusi ni memang berbunyi sejak dari kedai lagi, bukan sebab berat badan kita.
Tapi orang tetap buat komen macam, ‘kasihan kerusi kena tanggung beban,’” tulisnya.
Rupanya, ramai yang bersetuju dengan pengalaman tersebut. Di ruangan komen, beberapa pengguna turut berkongsi pengalaman lucu dan keluhan mereka tentang kerusi jenis ini.
“Kerusi ni patut ada tali pinggang keledar,” gurau Nur Syadirah Tahir.
“Pernah tengah tunggu giliran, terlelap sekejap. Sedar-sedar dah kat bawah macam tengah main gelongsor,” kongsi Nur Fathilah Amaya.
Sementara itu, seorang lagi pengguna, Saffee Rahim, menambah:
“Duduk sebelah orang yang kaki tak reti diam, terus kerusi tu menari sekali.”
Iqmal Pami pula menyindir sambil berseloroh:
“Duduk kejap, gelongsor. Bangun balik, gelongsor lagi. Ulang sampai nombor giliran dipanggil!”
Kerusi besi seperti ini nyata mencetuskan perbincangan lucu, namun ia juga menimbulkan persoalan tentang keselesaan dan rekaan perabot awam yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
BACA: Lupa pernah jadi Naib Canselor, Adun Jitra nekad menipu demi ‘mileage’ politik